Nora Elena: Episode 5

Hellu darlings!!

Semalam keadaan badan adalah sangat tidak mengizinkan untuk menulis. Batuk dan selesema. Tekak gatal yang amat, rasa nak keluarkan tekak kemudian garu sepuas hati. Makan ubat, terus lalok. ZzzZzz..

Agak tertekan semalam sebab tiada babak antara Seth-Elena. Banyak timbul konflik dan konfrontasi. Dan banyaklah muka Eid, Eid dan Eid. Secara rasminya gua melabelkan Eid ni jenis lelaki yang sangat PAIN IN THE ARRRRSSSEEEEEEE!! Menyakitkan hati dengan perangai macham tu. Jenis tau nak menyalahkan perempuan. Dahlah cemburu buta, Elena kasik explanation pun masih taknak percaya lagi. Orang kasik penjelesan taknak dengar, alih-alih hukuman dah dijatuhkan dahulu. Kalau belum kawen dah cenggini perangainya, bayangkan kalau dah kawen nanti macham mana?!

Boleh plak kan main tinggalkan tunang tu kat situ? Hello!! Macham tu ke kau nak pikul tanggungjawab nanti? Kau sakit hati, kau main blah je? Eeee..sungguhlah tak boleh nak dibuat jadik suami! Ni musti jenis bila tengah syok berchenta, bukan main lagi berkepit ke hulu ke hilir. Bila dah dapat, nak jalan pegang tangan bini pun kau pikir patplohpat kali. Nak nak kalau anak dah ada anak berderet ikut sekali.

Kalau dah tau boss tu caring pasal tunang kau, apasal kau tak boleh nak concern kat tunang kau sendiri lebih daripada apa boss kau dah buat? Perempuan, hatinya lembut. Kau gaduh macham mana pun, kau sibuk macham mana pun, tapi kalau kau pandai pujuk..pandai amek hati dia, padam suma rajuknya tu. Apa kau harap dengan biar dia macham tu nanti lama-lama boleh ok sendiri? Kau silap! Kau paling silap buat tunang kau macham tu bila ada Inche PenawarRinduSiPengubatHatiLara yang sedia menjadi penyelamat Elena.

Kau buat hati gua terbakar Eid! Sakit jiwa tengok perangai kau yang ntahpapentah!

Wahai Inche PenawarRinduSiPengubatHatiLara..biarpun kemeja putih ke pejabat itu masih tidak berubah warna adanya, namun terasa puas jua mata ini pabila terpandangkan kameja merah yang dikenakan bersama-sama suit hitam tatkala Inche PenawarRinduSiPengubatHatiLara menghadiri parti untuk Eid itu.

Kelihatan Seth begitu cheeky sekali apabila menyapa Elena di pejabat sebelum bertemu KC. Dan sebelum masuk ke bilik KC, sempat jua dia memandang wajah serba-salah dan malu-malu Elena itu. Tahukan anda bahawa wajah Seth waktu itu sangat menggoda??? Ooohhhh~~ kalaulah gu Elena, mau gua larik laju-laju balik rumah, masuk bilik and tekup muka dengan bantal. Ngeeeee😀

Dan sewaktu dia bertanyakan kepada Eid mana Elena sewaktu di parti itu..HAHA! Hello Mr.Seth, you’re organizing a party for Eid, tapi dalam masa yang sama berharap dapat berjumpa dengan Elena, kan? Pandai ye sambil menyelam mau minum air! Otak bergeliga! Tapi sayang, muka yang sexicted dan comel tu berubah bila dapat tau Elena tak dapat datang. KALAULAH Elena datang parti tu, musti best. Musti dapat tengok Seth menggelabah but at the same time happy tengok poooojaan hati dia, musti dapat tengok Seth pandang wajah Elena dengan penuh kasih sayang. LOLOLOL😛

Yvonne, kau memang $%^&* tau! Tapi gua suka tengok lu roll your eyes pastu jelir lidah kat belakang Elena. Gua tau, lu dengki busuk ati sama Elena..tu pasal lu main kotor. Nampak on the surface macham lu baik hati, concern pasal Eid, pasal Elena, pasal Seth. Tapi kalau tau ati perut lu..wahhhhh! Busuk melantong bau pekung!

.

i.Z.Z.i.e:

Gua sudah tidak lagi mau merujuk babak dalam drama dengan novel Kasih Yang Suci. Asalkan Seth-Elena akan bersama akhirnya, gua sudah cukup bahagia. Teeheehee. Terima kasih jua buat Inche Azril Hamzah kerana sudi menjengah ke sini. Sesungguhnya, saya sangatlah malu bila anda membaca review saya yang tidak semenggah itu *blushing*.

4 thoughts on “Nora Elena: Episode 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s