Nora Elena: Episode 4

Weeeeeeeeeeeeeeehuuuuuu!!

Episode 4 punya perkembangan positif. Punya babak yang mampu membuatkan gua senyum sampai telinga. Mungkin boleh bawak masuk ke dalam mimpi malam ni. Awal-awal lagi muka Aaron yang keluar, haruslah petanda baik!

Eh, nampaknya masih tiada perubahan dalam kepelbagaian warna kemeja Seth. Masih memakai rona yang sama T_______T Kasik tukar, please! Tragis sangat tau! Kalaulah diberikan Seth pakai slim fit suit..ahhhhhhh~~~ SYORGA!

Kemain lagi si Yvonne bawak kete Harrier. Bukan ke dia patut bawak Savvy biru je ke? Ni dah nampak dia sama loaded dengan boss yang bawak kete Mercedes. PA je kot. Pastu tak abis-abis nak kepoh pasal boss dia keluar dengan tunang Eid. Ko pehal ha pompuan? Dah lah terlebey gedik, becok tak bertempat pulak tu. Pffttt! Padan muka kau kena marah dengan Seth. Ouuhhh, Seth tengah marah lagik nampak hot.

Dah, malas cakap pasal Yvonne.

Mari bercakap tentang babak yang menggumbirakan. Comel sangat tau bila Elena mintak Seth tumpangkan dia balik rumah lepas kena kacau dengan Amir tu. Lapar eh? Mintak Elena temankan makan eh? Makan kat mana? La Bodega? Teeheehee..

Perasan tak Elena makan Fish and Chips? Sama! Dalam novel Kasih Yang Suci pun dia pesan Fish and Chips!

Kesian Elena, tak habis-habis dia mimpi ngeri pasal kes dia kena rogol. Tak pasal-pasal plak si Amir masuk skali dalam mimpi jadik perogol. Tu lah, muka pun dah nampak jahat. Mengaku tak buat jahat pun orang susah nak percaya.

Kalau tak makan, tak minum, tak ngadap laptop main Facebook..musti depa main bowling -_-” Tiap-tiap hari main bowling kot? DAN KENAPA PERLU KEKANDA *cough* KELIHATAN BEGITU KACHAK DENGAN JEANS, JAKET DAN TOPI KETIKA BERMAIN BOWLING??!! ADINDA *cough* TIADA DI SITU PUN UNTUK MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN!!

Oh Seth. Hajat di hati mau menumpang kasih. Tapi apakan daya..adinda hanyalah gagak di rimba. Yang hanya mampu dinda lakukan hanyalah tumpang bahagia melihatkan kekanda dengan Elena.

Buat pertama kali dalam sejarah hidup, belom pun habis hari Jumaat..gua dah tak sabar menantikan ketibaan hari Isnin.

.

i.Z.Z.i.e:

Mr.K melancarkan sabotaj dengan sengaja menelefon waktu gua sedang melopong melayan Seth Tan. Keji! Memang tak laku lah kalau nak mintak dilayan dari jam 7-8 malam. Sila telefon semula jam 08:00:01, pasti anda akan laku semula Mr.K😉

12 thoughts on “Nora Elena: Episode 4

  1. patut masuk dlm rekod ni.. 1st time hang review positif cerita melayu haha.

    btw,aku pun tak sabaq nak tunggu minggu depan weh! elena tu comel sangat!!!!!!!!! suka tgk dia!

    • mengong! hahaha.. 1st time ka weh? am i that skeptical bila mai tang citer melayu ni?
      dia comel kan? tau dak dia adik sam bunkface?
      dan sila bersabar jugak ya menantikan novel kasih yang suci sampai kat bukit kukus -_-“

  2. hahahaah!!! setuju dgn your review! diorg ni mcm dah ade spot sama hari2. kalau kite pegi stalk pon bole kot? bola la kite tatap abg. seth kite sexy maen bowling! gahahah!😛

    • marilah kita ke bowling alley kalau begitu halnya wahai leanne.. marilah kita menjadi pasukan sorak untuk abam seth yang gagah perkasa😉

  3. huhuhu..nice, you are the first one that i notice comment about the epi 4 citer ni..suker juga..entah la, mcm aura je tarik i tgk citer nim, buku dia pun i tak baca lagi, i cari dah xde stok dah, huhuh..mcm mn? anyway, suke juga kat Seth, walaupun dia penah wat jahat…huhuhuh….

    • alamak, dah takde stok? alahai..sayangnya. takpe, kita tengok drama dia dulu..lepas tu baca novel pun ok. at least, u won’t compare every single thing kat dalam novel sama ke tak macham dalam drama..like i did..hahaha. oh, kene buang perangai compare-mengcompare tu jauh2 skang jugak! LOLOL

      seth buat macham tu sebab dia suka sangat kat elena. i tak marahpun kat dia..langsung-langsung! macham..”ok seth, i maafkan u dengan hati yang tulus ikhlas.”😛 *gatal*

  4. botoi ckp yonna. first time iz review positif.. haha. lepas ni ombak rindu!😛. tapi dah tau mesti iz taknak tengok T_T

    • LOLOL.
      ombak rindu. aishh..Aaron Aziz gak tu + Maya Karin lagek. tengok keadaan macham mana..gua takot kuchiwa jek. lagi plak, macham mana nak tengok Aaron Aziz sebagai Haridz lepas dia pegang watak Seth Tan? aishhhhhhh..konflik di situ~~

  5. Mr.K melancarkan sabotaj dengan sengaja menelefon waktu gua sedang melopong melayan Seth Tan. Keji! Memang tak laku lah kalau nak mintak dilayan dari jam 7-8 malam. Sila telefon semula jam 08:00:01, pasti anda akan laku semula Mr.K <— aku sokong ko bab ni.. Mr.F aku pun sabotaj aritu call time aku tengah meleleh tangkap lentok layan Seth… aku reject call dier n sms ckp satg kul 8 call balik..hahaha..jahat x? Mr.F reply…tau dah..saje jer kaco…huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s