Nora Elena: Episode 2

Tak tau segigih mana kerajinan ini akan berlanjutan tetapi buat masa ini, nampak gayanya gua akan menulis tiap episod drama Nora Elena.

Oh ya. Arakian, ramailah sudah terkena panahan asmara si cupid. Dah ramai jatuh tangga kat Seth Tan. Been there, done that, girls! *muka berlagak*

Episod hari ini begitu menggembirakan gua. Banyak perkembangan positif berbanding semalam. Bertambah menarik dan tidak statik. Walau tidak sama seperti dalam novel, tapi jalan ceritanya masih di landasan yang sama.

Dan harus diakui, Aaron Aziz memang sajak memegang watak sebagai Seth Tan. Bertambah cair pabila beliau bertutur dalam bahasa Cina sebentar tadi. Wuuuuuuuuuuuuu~~ Nilai tambah di situ untuk Aaron Aziz. Oh, taktik menghantar dan menjemput Elena itu sangat chumil, bukan? Sanggup membatalkan meeting yang penting semata-mata untuk Nora Elena dan menunggu di butik. Itu baru sikit. Baru mukadimah. Baru ‘entrée’. Sama-samalah kita pengsan (mungkin pitams) bila dah masuk ‘main course’ nanti yah!

Siti Saleha sebagai Nora Elena? Gadis ini memang chantek. Tiada penafian di situ. Punya rambut yang lurus dan lembut, punya wajah yang tidak kelihatan seperti Melayu, punya susuk badan yang mengiurkan..sama dengan watak Elena dalam Kasih Yang Suci, yang digambarkan sebagai seorang wanita yang chantek manis dan sering menjadi tumpuan lelaki.

Erry Putra sebagai Amir. Hahaha..susuwaiiiiii sangat! Nakal kot! Khabarnya dia menyanyikan lagu “Berubah” untuk drama ni. 

Now I kenot wait menantikan hari esok! 

.

i.Z.Z.i.e:

Perlu bertabah hati tiap kali melihatkan billboard jeans Levi’s. Susuk tubuh “Seth Tan” yang hanya memakai tank top putih dengan Levi’s itu sangat ___________! (fill in the blank). *Rawr*

14 thoughts on “Nora Elena: Episode 2

    • ouh, thanks babe!
      haha.. cair sangat kan? oh, Seth Tan is soooooooo charming!
      i bet..by now, musti ramai yang dah jatuh tangga dengan Seth Tan..*drooling*

    • weee..thank you for liking my review, moumo!
      and yes, i pun dah makin suka dengan drama Nora Elena ni. dah tak skeptikal sangat macham 1st episode aritu.
      anyway..marilah kita sama2 tercongok depan tv malam ni kul 7 ya!😀

  1. bole x nk join u rawrr kat Seth? hahaha! this novel seriously is 1 of my all time fave~ cedera parah hokeh hati i tergila2kan Seth masa baca novel tu~ skang jd drama and aaron aziz (homgsexygila!!!) plak jd Seth, menjadi2 la angau i~ silap2 kena cerai dgn pakwe korea i😛
    and you read recaps in dramabeans too? so u minat k-drama too la kan? yay hi5!!!😛

    • sila sila sila!! silalah join i rawr kat Seth. homaigod!! i am so glad this drama turned out so well compared to other novels yang dah diadaptasi into drama/filem. memang cedera parah sangat kat Seth Tan in KYS. super duper cair!! Aaron Aziz as Seth Tan??!! I go GAGAGAGAGAGAGAGAGAGA!!! seksa sangat nak tunggu 7pm everyday just to watch him on tv T_____T

      yeap dear, i minat k-drama too!! hi-5!! i suka baca recaps in dramabeans. mmg boleh gelak guling2 punya! my all time fav for k-drama now is secret garden. still! even dah abis tengok kat astro byond, i still can feel the aura. i fell hard on Kim Joo-Won. hehe..mmg gilakan Hyun Bin in that drama but at the same time jatuh chenta kat Jang Geun Suk jugak. Oh my Sukkie oppa!!

      too bad i cannot attend his fan meeting this june. i am super sad TT_______TT

  2. hmm… sgt s senand duduk kt office tggu waktu balik hehe! selamat skang ni tgh busy gila kat office, so bole la buat2 lupa😛 Aaron mmg the best choice for Seth character~ teruja saya!😀
    omaigod Secret Garden!!! i smpai skang ni still withdrawal syndrome kat that drama! dulu asalkan sabtu ahad je, i trpacak depan laptop watch live streaming! pastu tggu kuar RAW vid, dload tgh2 mlm buta… pastu baca live transcaps.. pastu baca dramabeans’ recaps… pastu tggu sub.. pastu tgk balik every episode smpai la bole hafal x yah tgk sub pon da tau dia ckp apa!😛 Jang Geun Suk yg jelita! his hair~ i envy his hair!~~ eh? why can’t u attend it?

    • rasa lega yang amat Aaron pegang watak Seth tau..kalau orang lain, mau jugak nak beramukan puaka. tee hee hee. mana ada candidate lain yang sesuai, kan kan kan leanne!!

      omooo..~~ i feel u!! bila i balik penang, i can watch secret garden. tapi kalau i tak balik, memang meraunglah sebab kat kl takde astro beyond. berusahalah jugak download medium quality. now, tengah gigih download Secret Garden HD kat Torrent. 44.32GB. berjanggut nak tunggu sebab tenet macham siput T_____T tapi demi oppa, sanggup! tengok berjuta kali pun, masih berdebar2, masih tergoda dengan Kim Joo-Won..and Hyun Bin. LOLOLOL!

      Oh, my human tissue paper~~ “kim su-han-mu guh-bu-ki-wa du-ru-mi…” (sedang menenangkan diri sendiri)😛

      hehe..recaps kat dramabeans tu memang epic, kan!

      Sukkie oppa tu lagik satu. chantek mengalahkan pompuan. Rambut macham iklan shampoo. Suara pun sangat menggoda jiwa. i tak dapat dating dengan Jang Geun Suk coz my sister is getting married on that 4th June..the wedding will be in Perlis. ottoke?? T______T

      • amboi besarnye size video SG tu! i dload HD kat mehanata.net je… in total around 17GB… gmbr cantik la jugak… just softsub la… x jumpe yg hardsub… but dunno if sama quality dgn yg u tgh dload tu…
        oh.. sister kahwin kena la attend haha.. kang merajuk plak~🙂

      • SG HD yang tengah i dload tu satu file je dah 2GB. memang puas ati, sangat jelas sampai tracksuit biru Kim Joo-Won tu boleh dikira sequin nyee LOLOL😀

        huhu..tu lah, kalo tak attend kakak kawen kang satu hal plak. dah la i jadik pengapit. sayu hati tak dapat jumpa jang geun suk T_____T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s