Chermin

Tiap kali melihatkan refleksi di dalam chermin itu, hati kecil terdetik. Ku mahukan mata besar dan galak. Alis bak taji ayam. Hidung mancung bak seludang. Pipi bak pauh dilayang. Bibir bak delima merekah. Wajah bak bujur sireh.

Kenapa wajahku tak sepertinya? Dia juga punya 2 mata, punya 1 hidung, punya bibir dan punya 2 telinga..dan kesemuanya sungguh indah dipandang mata.

Tapi aku?

Dan hati kecil yang terdetik itu didatangi juga dengan suara-suara halus membisikkan suatu cadangan. Penyelesaian pendek yang mampu memenuhi kehendak hati. Segalanya adalah pasti dengan teknologi yang ada kini. Botox? Cosmetic surgery?

Cuma sediakan sahaja ongkosnya.

Aku berpaling dari chermin itu. Telapak tangan kasar mengusapi wajah ini.  Perlahan-lahan menelusuri dari dahi, turun ke pelipis, terus ke pipi, hidung, bibir, dan leher. Telapak tangan ini terhenti di nadi.

Aku patut bersyukur kerna mata ini masih mampu melihat wajah ibuku. Aku patut bersyukur kerna hidung ini masih mampu mencium wangi-wangian dan enaknya bau masakan ibuku. Aku patut bersyukur kerana telinga ini masih mampu mendengar suara ibuku memanggilku. Dan aku patut bersyukur bibir ini masih mampu menciumi tangan ibuku.

Kerna masih ada insan lain yang tidak punya itu semua.

Aku tidak sechantek gadis-gadis itu. Aku juga tidak sempurna.

Namun kurniaan ini jua adalah suatu pinjaman dari-Nya. Tak mustahil suatu hari nanti, Dia jua boleh menarik kurniaan yang diberikan ini sekelip mata. Andai tiba waktu itu, mungkin aku akan berkata pula..

“Alangkah baiknya wajahku seperti suatu ketika dahulu.”

5 thoughts on “Chermin

    • erk. kalau ketik kat post “Chermin” tu, kat bawah skali, antara senarai komen-komen semua.. ada satu button “LIKE”. ako rasa tak payah jadik member wordpress pun boleh ja tekan. cuba try test tengok

  1. Hemm, saya pun kadang2 ada juga rasa insecure. Eh, bukan kdang2, selalu rsa insecure tntng diri sndiri. Bila trpandang ja perempuan lain yang tinggi lampai, berkulit cerah, segak bergaya.. saya selalu bandingkan diri saya dgn mereka.

    Sampai satu tahap tu, saya persoalkan mengapa Tuhan mencipta saya sebegini. Tidak berkulit cerah, tinggi dan secantik mereka. Akhirnya saya tersedar yang saya perlu bersyukur kerana masih dikurniakan akal fikiran yang cergas dan kesihatan yang baik.

    Kecantikan tu tidak akan bertahan selamanya namun hati budi yang baik akan disanjung selamanya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s