Kuah

Dah waktu makan tengah hari. Semua lauk-pauk yang Puan Maimun masak tadi dihidangkan untuk dijamu seluruh keluarga. Kalau di kampung beginilah, makannya bersila sahaja di atas lantai. Baru berselera tambah nasik dua-tiga pinggan.

Ahli keluarga semua sudah berkumpul membentuk seakan-akan sebuah bulatan. Tok, Makcu, Encik Zin, Puan Maimun dan empat orang anaknya. Yang paling kecil berusia 5 tahun duduk di sebelah suaminya.

Tiba-tiba, anak kecil itu mula menangis. Kakinya dihentak-hentakkan.

“Takmo makan nasik! Takmo makan nasik!”

Suaranya makin nyaring. Air matanya makin laju. Kakinya sudah tidak dihentak-hentakkan lagi. Tapi kini, badannya pula diguling-gulingkan di atas lantai.

“Kenapa Adik taknak makan nasi ni?”

Tanya Puan Maimun dengan lemah lembut penuh dengan sifat keibuan. Yang lainnya hanya diam membisu. Sampailah si Makcu mula bersuara,

“Taknak makan sudah!”

Dalam esak tangis si kecil menjawab,

“Tak ada kuah.”

Si ibu melihat hidangan untuk tengah hari itu. Ya. Tiada kuah. Semuanya lauk-pauk kering sahaja. Tiada sup, singgang, atau masak lemak yang boleh si kecil jadikan kuah untuk nasinya. Lantas Encik Zin bangun daripada silanya dan menuju ke dapur. Klentang klentung bunyi periuk berlaga dengan senduk. Tak berapa lama kemudian, Encik Zin kembali semula dengan sebuah mangkuk di tangan dengan asap nipis dari mangkuk itu jelas kelihatan.

Sup sayur suhun dengan telur!

Si kecil bangun daripada aksi guling-guling dan sepantas kilat terus duduk bersila di sebelah Encik Zin. Terus disuapkan nasi ke dalam mulot mungilnya selepas Encik Zin menyudukan sup sayur suhun dengan telur ke pinggan si kecil itu.

“Abah, adik nak kuah berladung sampai itik boleh berenang.”

 

20 tahun kemudian..

 

“I told you there’s no gravy. I cannot eat without gravy.”

Kelat mukanya sambil dia mengunjukkan Ayam Padprik yang kuahnya berapa sudu lah sangat tu. Gadis dihadapannya tersenyum simpul dia bila terdengarkan ayat yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya. Memorinya kembali menerjah kotak ingatan.

“I used to say the same thing. Even worse, I create a scene kalau takde kuah masa nak makan nasi or takde sayur. But I think, people can change. Takde kuah pun berlinangpun I boleh makan nasi sekarang. And I like it better!”

Dan ya, manusia boleh berubah selari dengan perkembangan masa. Kan?!😉

6 thoughts on “Kuah

    • nyonya kan takleh makan nasik takdak kuah..kesat kesing kat tekak
      eh yong, awak pun bukan ke makan nasik berkuah ke? nasik putih + tomyam ayam😛

  1. ceh ceh..ku ingat sapa WNS!!! kamu rupanya… sup kosong sbb time tu kedekut gla nk ngabis tuk tomyam..skali skala celup la maknan org di sisi… hehehe.. tp kita untung gak.. kedai kt cafe tu buat tom yam yg agak sedap… wlaupun ako rasa tuk sup lain dia corah cuka T_T.. tp stil sodap…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s