Bandung, Indonesia [Part 3]

Turun aja dari Gunung Tangkuban Perahu, perjalanan diteruskan dengan aktiviti singgah-menyinggah. Nama nak kluarkan duhet, kem salam. Baru masuk hari ke-2, dah separa kopak. Perlulah mengamalkan sikap berjimat-cermat untuk meneruskan hidup di negara orangšŸ˜›

Memandangkan dah bayar supir untuk satu hari, makanya tidaklah bijak kalau tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Walaupun comot dengan lumpur-lumpur sekalian setelah berspa di Kawah Domas, itu semua tolak tepi.

Kavling Stroberi

Terus ke Kavling Stroberi dengan harapan dapatlah tengok-tengok sambil petik-petik buah strawberries. Nan ado. Nak petik tu kena bayar dah satu hal, kalau petikpun boleh 10 bijik macham tu je.

Takpelah. Ambil bukti bergambar cukup. Kalau teringin nak makan strawberi, petik kat supermarket sudah.

Oh, sini memang sejuk ya. Gigil gua.

Kampung Daun

Sini kira macham culture village gitu, dan jugak restoran paling besar. Dan mahal. Mula-mula masuk kat kawasan Kampung Daun ni, suasana dia macham kat Country Heights. Rumah semua besar-besar, chantek-chantek. Terlopong mulot masing-masing.

Nak panjat takot roboh. Dapat tarik pun jadiklaaaa..

.

Ada perayaan istimewa masa kami di sini. Hari Raya Nyepi katanya. Manusia memang ramai. Ambil bukti-bukti bergambar sahaja sudah cukup. Bukti sudah menjejakkan kaki di sini.

Ni rumah keluarga Ahmad Dhani. Gila besar. Ni baru rumah keluarga dia. Agak-agak kalau rumah dia kat Jakarta tu pulak, ada besar istana gayanya?

Rumah Pak Habibie tak dapekkkk nak tengok. Dapat tengok tembok tingginya sahaja.

Dapur Sangkuriang

Dan kerna perut sudah mintak diisi, terus dibawaknya kami ke Dapur Sangkuriang. Suasana di sini nyaman sekali. Dan sesekali bila angin sejuk menghembus, menggeletar jugak seluruh badan. TempatĀ  makannya istimewa sekali. Boleh makan di meja seperti biasa. Atau jika mahukan kelainan, boleh pilih tempat makan gazebo dan duduk bersila.

Hidangan ni dipanggil Nasi Liwe. Sesuai untuk dimakan 4 orang. Ada ayam seekor (ayam kat sini semuanya bersaiz kecik), ikan jeruk, ulam-ulaman, keropok, sambal, tauhu dan tempe. Nasinya wangi dengan serai, lengkuas dan daun salam.

Sepanjang bercoti di sini, tiada minuman lain yang diinginkan melainkan Jus Apolkat (Jus Avocado). Lagi banyak coklat, lagik sedapppppppp. Kalau beli di gerai-gerai biasa di tepi jalan, harga sangat murah!! IDR 6000. Lebih kurang RM2. Sudahlah bersari dengan buah avocado, lemak berkrim disukai ramai pulak tu.

To be continued..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s