Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

“Matahari dan Bulan saling memerlukan.” – Pak Khalid (ayahanda Dato’ Lat)

Malam tadi adalah persembahan pembukaan bagi Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Tidaklah saya mengikuti kartun-kartun Dato’ Lat sepertimana saya mengikuti Bleach. Cuma saya pasti akan membacanya tiap kali membuka ruang kartun di dalam akhbar-akhbar tempatan suatu ketika dahulu.

Tidaklah sempat saya membaca sinopsis persembahan ini. Saya pergi dengan pengetahuan hampir 0, bermula dari barisan pendokong watak hinggalah ke latar cerita. Kecuali mengetahui bahawa Awie memegang watak utama, dan pengarahnya adalah Hans Isaac.

Pementasan nya bermula jam 8.40pm, berakhir jam 11.30pm. Termasuklah intermission selama 20 minit di situ. Turut hadir adalah Dato’ Lat sendiri dalam pementasan pembukaan semalam. Daripada persembahan yang hampir 3 jam itu, plot Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal hampir kelihatan seperti Muzikal Tun Mahathir. Mengisahkan daripada Lat seawal usia kanak-kanak, hinggalah kepada dewasa serta laluan, dugaan dan cabaran yang dihadapi beliau sebelum mampu bergelar kartunis terkemuka tanah air.

Tiadalah dapat muzikal ini memuaskan hati saya. Agak kecewa sebenarnya.

Pertamanya, dari segi muzik latar. Muziknya terlalu kuat sampaikan tenggelam timbul suara pendokong-pendokong watak. Alangkan melontar dialogpun saya berkerut dahi memahamkan apa yang coba disampaikan, inikan pula ketika menyanyi.

Lontaran suara ketika penyampaian dialog agak buru-buru macham dikejar rimau. Terutamanya Atilia. Di atas pentas, lazimnya cara percakapan biasa tidak mungkin bersesuaian. Kerna ini bukannya drama mahupun filem. Ini pementasan teater.

Namun, tidak dinafikan lontaran vokal semasa menyanyikan lagu-lagu semasa pementasan ini layak dipuji. Vokal Awie, Atilia, Douglas Lim dan yang lain-lainnya begitu bertenaga dan mereka menyampaikan lagu secara live, bukannya lip sync. Cuma saya agak terganggu dengan lirik yang begitu bersahaja dan slumber. Ini cuma pendapat peribadi saya sendiri.

Untuk pementasan yang mengetengahkan loghat dari negeri Perak, ada masanya terlepas jua slanga KL. Itu normal. Bukan senang untuk menuturkan loghat dari daerah tertentu jika bukan berasal dari sana.

Dari segi plot dan jalan ceritanya, saya fikir ia adalah agak longgar. Ada masa ketikanya juga, penghayatan dari pelakon tidak sampai. Contoh; babak di mana ayah Lat meninggal dunia, babak Faezah mengadu kepada Ms. Yiew akan kesibukan Lat, dan babak Lat bertegang urat dengan isterinya, Faezah. Saya rasa kosong di situ. Tidak memberikan impak kepada saya.

Namun, pujian harus diberikan kepada Hans Isaac dan Harith Iskander. Kerna mereka turut menyelitkan semangat 1Malaysia dengan mempamerkan budaya berbilang kaum. Ada Melayu, Cina dan India. Mesej-mesej yang diberikan juga tepat pada batang hidung sendiri. Mesej yang disampaikan dalam gurauan dan senda. Tapi janganlah mengharapkan pementasan ini berunsur humor sepanjang masa seperti Cuci The Musical.

Mungkin kerna hari pertama persembahan makanya banyaklah khilaf di atas pentas yang tidak memuaskan. Diharapkan pementasan yang bakal berlangsung hingga 5 April ini akan bertambah baik. Sayang sekali andai kisah hidup seorang ikon negara tidak berjaya diangkat sebaiknya.

“Do what you love. Love what you do.” – Ms. Yiew

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s