Bandung, Indonesia [Part 2]

Disebabkan kepenatan melampau..makanya segala hamba sahayapun duduklah berehat di café bersebelahan dengan factory outlet Heritage itu. Sekonyong-konyong tekak terliur melihatkan pisang bakar dengan keju dan coklat bersama-sama kopi o’ es.

Setelah melepaskan lelah, perjalanan diteruskan pula apabila tirai senja mula melabuhkan layarnya. Sempat juga kami semua singgah di Jalan Dago sekali lagi. Mana-mana kedai yang tak sempat singgah siangnya, dibawa ke malamnya.

Dan untuk makan malam, kami memilih untuk makan Burger Bakar. Masya-Allah, sangat sedap hingga menjilat ibu jari kaki. Sedap sampei menangis kegumbiraan.

End of Day 1

.

~ 5th March 2011 ~

Tangkuban Perahu

Rancangan hari kedua memang khas untuk ke Gunung Tangkuban Perahu. Gunung Tangkuban Perahu ni adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif. Punya lagendanya sendiri. Diberikan nama Tangkuban Perahu sebab bentuk gunungnya seperti perahu yang terbalik. Masa kecik-kecik, mak gua cukup suka tengok filem Tangkuban Perahu ni. Bila gua jejak kaki kat sini, gua teringat kat mak gua.

Sudah berjanji dengan supir jam 8 pagi. Perjalanan dari Royal Dago 2 ke Gunung Tangkuban Perahu ambil masa kurang lebih 1 jam. Memang sejuk cuacanya di sini.

Mengikut Yadi, Dayang Sumi (mak Sangkuriang) ni awet muda sebab makan daun dan buah dari pokok Manarasa. Dan pokok ni hanya boleh tumbuh di kawasan puncak Gunung Tangkuban Perahu.

Oh ya. Kami di sana ambil Tour Guide yang bertauliah. Sejam khidmatnya IDR 250 000. Masa dikira bermula daripada kita turun untuk ke Kawah Domas. Ada jugak yang tak ambil Tour Guide, tapi andai kata sesat di pertengahan jalan..kena tanggung sendiri. Dan bila aje jejak kaki di Gunung Tangkuban Perahu ni, memang akan dikerumuni dengan penjual-penjual sekalian. Ada jugak yang akan ikut turun sampai ke Kawah Domas nak suruh kita beli barang dia. Hati-hati ya, kalau taknak..jangan marah-marah. Cakap je elok-elok.

Terpulang kepada masing-masing nak turun ke tidak ke Kawah Domas. Sebab nak menuruni denai tu pun, boleh ketar kepala lutut. Kalau taknak turun, boleh je tengok Kawah Ratu yang masih aktif dari puncak gunung.

Dalam perjalanan ke Kawah Domas, boleh jumpa dengan penduduk yang menjual barangan sebegini. Macam gambar kat atas ni, batang pokok apakenamantah ditakik sampai menjadi bentuk-bentuk sebegini. Batangnya memang sedia asal bercorak sebegitu. Boleh letak stationaries, boleh jadik ash tray.

Yang dalam botol-botol tu pulak, sulfur (belerang/kabaid) dan lumpur untuk dijadikan masker. Kayu-kayu yang di sebelah tu digunapakai sebagai mosquito repellent.

Pokok ni dah beratus tahun usianya. Dikatakan, semasa gunung berapi meletus sebahagian pokoknya musnah dan jadiklah sedemikian ropa. Tapi pokok ni masih hidup lagi sampai ke hari ni. Dipercayai jugak kalau yang mahu hajatnya tertunai, niatlah masa berada dalam pokok ni. Wallahualam.

Ramai pelancong datang awal ke sini sebab nak tengok matahari terbit. Kalau cuacanya cerah dan tidak mendung, boleh nampak laut Jawa di belakang gua tu. Di bawahnya sudah nampak Kawah Domas.

Tu sebenarnya benda alah yang digunakan untuk mengukur getaran kalau-kalau gunung berapi nak meletup. Ada dua-tiga point jugaklah yang boleh jumpa benda alah ni sepanjang jalan.

Kawah Domas ni dah tak aktif. Tapi kat sini ada kolam air panas. Katanya, bagi yang mengidap penyakit rheumatism boleh sembuh dengan izin Allah sekiranya merendamkan kaki dalam kolam air panas di sini. Selain tu jugak, boleh rebus telur. Telur yang direbus di sini memang lain rasanya. Tak rasa hanyir. Dan jugak boleh buat mud facial, sambil kaki dan tangan diurut.

Telur sedang direbus dengan air yang menggelegak dan menyumpit-nyumpit. Panas hoih!

.

Ropa dah macham Avatar

.

Gambar kenangan bersama-sama Yadi

.

Di ladang teh. Betul-betul di kaki Gunung Tangkuban Perahu. Boleh singgah lepas turun dari gunung. Sojukkkkkk…!!

To be continued..

12 thoughts on “Bandung, Indonesia [Part 2]

  1. Izzie..Royal Dago 2 tu wajib walk in ker..kalau supir walk in booking bagi deposit awal boleh tak ek??..takot la..kalau2 masa nak walk in tu tetiba bilik penuh pulak..nangis kang..T T

    • yep, memang walk-in je. tak sure kalau Royal Dago 2 akan terima kalau supir tolong booking + bayar deposit. i doubt they will accept it. coba book Royal Dago dulu, kalau derang tak mintak deposit should be fine. sebab bila dah sampai kat bandung nanti boleh la walk-in kat Royal Dago 2.

      • hi izzie.. april lepas gi bandung.. akhirnya managed to visit both Tangkuban n Kawah Putih..tak sempat nk ke Kawah Domas.. len x la rasanya pulak….Kawah Putih jauh sket la… tapi berbaloi ..singgah Situ Patengan n paling best makan ikan gurame kat Ciwidey……

  2. Salam,

    Saya nk kongsi pengalaman sy ke t.perahu kelmarin. saya n geng kena terok ‘dipukau’ dgn penjaja jalanan yg ikut kami smp ke bwh kawah..mula2 tu diaorg akn offer pertolongan utk turun ke bwh..pastu diaorg akan massage kita dgn lumpur n lastly diaorg akn jual brg2 niaga..bayangkan saya n kwn2 seramai 6 org membayar hampr 1 juta rupiah utk 3 brg sahaja!!!!!!

    kami mmg x sedar masa nk kuar duit dr purse masing2..masa nk menuju ke van tu baru kami rase mcm dh kena tipu….masa tu menyesal sgt…Allah saje yg tahu perasaan we alls mase tu… so saya harap sgt2 kpd those yg teringin sgt nk ke sini berhati2 lah ye..x nak la korang ‘terkena’ mcm we alls…tc

    • akan ada peniaga2 kecil yang ikut dari atas sampai ke kawah domas. dia akan tolong kita, berikan urutan dsb. lepas tu dia akan cuba jual souvenir dengan harga yang agak tinggi. kalau taknak, jangan tanya harga berapa n jangan marah2. cuma cakap elok-elok. memang kena berhati-hati sebab derang tau kita bukan asal sana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s