Skytrex Adventure, Bukit Cahaya Shah Alam

Makanya, 12 Februari yang lalu telah saya pergi ke Bukit Cahaya Shah Alam untuk outdoor activity bersama-sama dengan ahli-ahli Kerajaan Langit. Alah, menda ni sebanarnya main panjat-panjat, Flying Fox, meniti atas tali..mengikut kata-kata mereka yang sudah pergi sana lah.

Sebab terlalu sexcited, terus ambik pakej EXTREME (RM50). Apalah sangat kalau Nudra dah cakap setakat Flying Fox segala? Kalau yang tak mahu terlalu EXTREME, boleh ambik pakej Big Thrill Challenge (RM45) atau Little Advanture (RM35). Diskaun 10% kalau tempah untuk 10 pax ke atas.

Time slot untuk Skytrex ni banyak. So boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing. Macham untuk EXTREME Challenges, ambik masa lebey kurang 2-3 jam nak complete all the courses. Requirements lain adalah seperti berat badan haruslah kurang daripada 100kg dengan ketinggian minimum 1.4m.

Maklumat lanjut? Ketik sini.

Seronok naik bas takdak tingkap masuk angin😉

.

Entrance fee kena bayar RM3. Nanti aka nada satu shuttle bus yang akan bawak ke destinasi Skytrex. Oh ya, kalau mahu kayuh beskal..sini ada sewa ikut jam. Boleh keliling satu Taman Pertanian.

Dipaksa tulis ‘wasiat’

.

Info lain:

Sewa locker – RM5 (refundable)

Sewa bekas botol air – RM5 (refundable)

Gloves – RM3

Kalau taknak beli, ada disediakan yang dah dipakai. Erk, sanggup ke pakai sarung tangan yang orang sebelum sebelum ni dah pakai, peluh peluh suma? Gloves adalah wajib pakai ye anak-anak!

Sebelum bermula, akan ditazkirahkan dahulu. Macham mana nak main, safety precaution, yada yada. Lepas tu baru proceed dengan real course.

Mula-mula, memang sexcited. Kena panjat tangga 22m tu memang bersabar lagek. Separuh tenaga dah habis kat situ. Tapi bila sampai kat batang paip yang berayun macham nak mampos tu, memang gua menyumpah seranah jugaklah. Susah nak mampos! Peluh berjejeh-jejeh toksah cakaplah. Penatttttttt!!

Nak mengaku kalah boleh je. Ada exit yang diberi nama “Chicken Net”. Lepas baca signboard tu, agak-agak, gamak tak nak off the course macham tu je? T_______T

Sebab course yang sangatlah extreme, gua punya kasut dah jadik arwah. Kasut dah mintak nyawa, sikit lagi tuan punya kasut pun nak mintak nyawa.

Alhamdulillah, gua berjaya sampai ke penghujungnya. Berkat air Ribena yang gua bawak bekal -__^. RIP kasut yang banyak berjasa di hari kejadian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s