Anje’s Wedding

Gua tawu, lately gua memang liat nak hapdet belog kalo melibatkan gambor yang beriban-riban nak kene edit. Liat tu lain macham sungguh. Berapa banyak entry bergambar yang terperap tahap basi berulat. Cherating tahun lepas tu pun gua tak hapdet lagi, entry makan-makan lagik la berkepam, Skytrex yada yada.

Dan memandangkan gua dah abis tengok Secret Garden dengan jayanya, barulah gua terasa seperti kembali ke donia nyata..walaupun tak sepenuhnya. Hari ni gua tepek gambar kawen Anje dolu. Lain hari gua tepek cerita basi.

Anje ni adik Kak Yong, rumet gua 2 tahun kat UKM.

Tarikh: 29th January 2011.

Tempat: Ipoh, Perak.

Pagi – Bertunang. Tengah hari – Akad Nikah. Malam – Resepsi.

Majlis Bertunang buat belah pagi. Ada kumpulan marhaban datang rumah sebelum rombongan lelaki sampai. Oh, pengantin lelaki asal dari Johor. Bawak sebijik bas rombongan dari sana. Belum masuk kereta lagik. Klorga belah pompuan memang dah satu batalion. Boleh banyangkan betapa riuh-rendah-gegak-gempita tak?

Hantaran belah pihak perempuan. Merah, Mak Ngah!

.

Ibu & Anje

.

Tara!!

.

2 hari 2 malam gua berkampung kat Ipoh. Rasa macham kenduri klorga sendiri. Padahal, ni barulah kali kedua jumpa ibu & ayah. Kali pertama dulu jumpa masa mula-mula dapat bilik hostel, kenal-kenal macham tu jek. Adik-adik Kak Yong yang lainpun kenal dari citer dia je. Makcik-pakcik yang lainpun macham tu jugak. Tapi mesra macham dah lama kenal.

Muka nebes

.

Nikah lepas Zohor kat surau Kampung Kepayang. Tee hee hee. Disebabkan nama Anje ni panjang sedepa, Tok Kadi suruh si pengantin lelaki lafaz, “Aku terima nikahnyaaaaaa..” dalam 4 harakat.

Sedor-sedor..eh? Sudah ternikah ropanya. T_________T

Majlis Resepsi di Dewan Silveritage, Medan Gopeng. Hooo..resepsi malam ni feeling dia lain macham sikit. Satu, jemputan datang serbu sekaligus. Memang takde datang runcit-runcit sekian waktu lepas Zohor la, lepas Asar bagai. Pukul 9 macham tu, penuh satu dewan. Dua, sikitpun tak panas basah ketiak. Sejukkkkkkkk jek. HahahahašŸ˜›

Ratu Kebaya. L-R: Hannah, Kak Uda, Penjie, Kak Yong & Kak Yang

.

Selamat Pengantin Baru buat Anje & pasangan. Moga berkekalan hingga ke hujung nyawa.

7 thoughts on “Anje’s Wedding

  1. c lynnnnn tu tambah2!!!!!! cunit2 bg dia kembung skit…gain weight tu tak la sgt… tp sbb training taekwondo tak sudah2… badan ako makin jadi cam leper… kira bahu ako makin bidang… leper n flat.. klau without push up in kebaya nyonya.. ako sah2 cam.. ehem… male…T_T

  2. hahahahah..klau mak ako tgk dia akan kata: hg cuba la jadi cam ziana zin tu skit… (owhhh cutting dia sgt mcm hg time umur kita dlu… and dia sgt bangga dgn nya.. T_T.. itu healthy bagi nya..)

    • tapi skang ni ako sangat boolat. dress bersaiz S tidak lagi muat weh!! sangkut kat pungkok, nak zip pun seksa. straight cut levi’s saiz 27 ako mmg dalam kenangan sahaja TT_____TT

  3. serious?? ako sgt jeles ngan hg dlu sbb mampu sarungkan S and jeans 27.. !! heheheh as long as you are happy tak pa la.. bolat skit… plg penting sihat!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s