Aku, Dia & Volkswagen..

Nafasnya ditarik dalam-dalam. Ditahan sebentar sebelum dihembus dengan perlahan. Empangan air matanya hampir pecah. Dia tak mahu menangis. Bukan sekarang. Terutamanya bila berhadapan dengan Kev.

“I am sorry.”

Kev menuturkan dengan lembut. Sambil mengusap-usap belakang Anna. Dan air matanya jatuh dengan laju. Empangannya pecah jua.

Sebuah perkenalanan yang disusuli dengan percintaan. 7 tahun menyulam perasaan, 7 tahun mengenali hati budi masing-masing, 7 tahun menganyam memori, dan 7 tahun bukan suatu jangkamasa yang singkat.

Kalau kahwin, mau dah beranak 2.

Kahwin?

Membina angan-angan di atas awan memang indah. Semuanya chantek. Tapi realitinya pahit. Apatah lagi bila dalam situasi begini.

“I cannot choose between the two of you. I need both in my life.”

Titik-titik mutiara gadis di sebelahnya jatuh lagi. Bukan senang untuk Kev membuat pilihan. Diluah mati emak, ditelan mati Anna. Mana mungkin dia pilih di antara kedua-duanya? Kerna buntu dengan situasi, dia menyepi mendiamkan diri. Dia lari. Lari jauh dari realiti.

Dia mengelak daripada menceritakan duduk hal sebenar. Sudah jarang dia bersua muka, telefon pun sekali sekala. Tiada lagi hilai dan tawa, semuanya tawar dan hambar belaka. Belum masanya untuk memberitahu gadis itu. Biarlah dia sendiri yang tahu. Tapi pada masa yang sama, dia berlaku tidak adil. Kerna Anna dihukum tanpa mengetahui di mana salah dan silapnya.

Tapi tidak lagi. Anna berhak untuk tahu. Dan dia mahu Anna mengerti.

“You hukum I untuk kesalahan yang I tak buat. Kalaupun you perlukan masa, jangan buang I terus dari hidup you. I takkan salahkan you kalau I bukan jadi pilihan. Tapi sebelum you beri I keputusan, don’t put me aside. Let’s just cherish our life together for the time we have left. At least, I can prepare myself for losing you..and live with your memories.”

Anna tegar. Andai dia bukan pilihan, dia memilih untuk meneruskan hidupnya sendiri. Putus, habis, the end, full stop. Tak mampu dia meneruskan perhubungannya dengan Kev sebagai kawan. Biarlah dia hidup dengan kenangan. Tetapi Kev mahu terus berhubungan dengan Anna, kerna dia terlalu sayangkan gadis itu. Cuma keadaan yang tidak memihak kepada mereka.

“Take care yourself in OZ.”

Pintu kereta itu ditutup kemas. Dari luar tingkap, pandangan mata mereka bertemu. Seperti mengucapkan selamat tinggal. Dan perlahan-lahan VW meninggalkannya. Pergi bersama hatinya yang satu.

.

iZZie:

♥ Happy V-Day, Mr.K ♥

4 thoughts on “Aku, Dia & Volkswagen..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s