A Korean vampire boyfriend who can sing like Bruno Mars? Purrrr-fect!

Pertamanya, ini bukanlah mahu respond kepada entry ini. Tapi beliau punya point di situ yang mana memang kena sedepek jatuh kat atas batang hidung gua. Gua tak nafikan, malahan gua angguk-angguk tanda setuju. Baru gua sedar yang gua pun sebenarnya memenuhi ciri-ciri yang dimaksudkan. Dan molot gua koyak jugak dengan sebaris senyuman dengan ayat penutupnya itu. Touché!

Justifikasi #1: Gua sangat suka Vampire.

Donia sudah tahu betapa gua chenta (sampei mati?) sama itu Edward Cullen dan Damon Salvatore. Kedua-duanya terlalu hawt di mata gua. Tolong tengok Vampire Diaries Season 2 Episode 13. Scene mula-mula dan scene belakang skali. Then we can talk, bebeh!

Buat sekeian kalinya, gua telah hilang pertimbangan di situ U_____U

Gua taknak elaborate panjang-panjang. Dah bersepah entry gua asik meroyan pasal vampire berdua ni.

Auuummm!!

.

Justifikasi #2: Gua suka Bruno Mars.

Taylor Swift sings what every girl wants to say. Bruno Mars sings what every girl wants to hear.

Setuju?

Cuba dengar lagu Talking To The Moon. Lirik dia simple, straight forward. Tapi sangat menusuk sampai ke tulang sum-sum. Tiap bait gua hayati. Ni cara-cara layan sendiri pun gua boleh  tangkap leleh. Lagikan pulak KALAU Mr.K yang dedicate kat gua lagu ni dari OZ. Boleh perah bantal tido gua nanti.

Siapa tak suka kalau dapat lelaki yang hati dia kat mulut?

“A man falls in love through his eyes, a woman through her ears.”

Tu sebab para gadis dan wanita tangkap chenta sama ini Bruno Mars. Sebab lagu yang dia nyanyikan tu adalah untuk wanita. Lirik best. Suara pulak gemersik. Dan para gadis dan wanita pun akan layan perasaan sendiri dengan mengharapkan wujudnya dan bertemu dengan lelaki sebegini.

Gua salah sorang daripadanya.

Sanggupkah abam Bruno usung piano untuk mendendangkan lagu buat ai? *kelip kelip mata*

.

Justifikasi #3: Gua memang suka aktor Korea.

Gua ada satu penyakit. Kalau gua dah start tengok drama Korea, gua tak leh brenti. Kalau ada 16 episod, gua akan marathon sampai tak tido malam. Hati gua tak tenang selagi tak tengok sampai habis.

Gua layan VCD Full House masa study week kat UKM. Member tengah study, gua tengok K-Drama. Member tengah study, gua studo (study tido). Gua lepak layan VCD My Girl. Tergedang tak bergerak atas katil. Marathon, 16 jam tanpa henti. Padahal gua ada paper Spanish esoknya.

Nasib Spanish tu memang mother tongue gua . Hak hak hak tuiiiiihhhhhh *peace* v(^___^)v

Dan gua memang akan angau overboard secara kronik tahap petala kelapan. Penyakit ni datang balik bila gua balik rumah dan layan Channel 393 (Astro B.yond). Walaupun orang kata K-Drama adalah tipikal dengan jalan cerita yang sama dan ending yang cliché, gua tetap nak kata citer ni paling best di antara yang terbest.

Hati gua dah masuk ICU. Sebab selalu sangat terjatuh. Cedera parah. Kalau diambik kapak nak belah dada, musti akan nampak nama Ju Won dia antara nama-nama Edward dan Damon.

Gua punya soft spot kepada lelaki yang arrogant. Macham Ju Won. Stylo-mylo-coolio. Macham Ju Won. Kurus, masculine dan tinggi. Macham Ju Won. Abaikan betapa kurusnya Hyun Bin dan rumors mengatakan dia buat cosmetic surgery untuk rahangnya tu. Memang dia nampak berbeda daripada drama My Lovely Kim Sam Soon. Tapi gua tolak tepi itu semua.

Oppa!! Lesung pipit dalam gillllsss!! *pitams*

.

Pasal gua jatuh chenta sama watak dalam drama/filem. Bukan orangnya (lah sangat!) *denial denial*

Hati gua berada pada tahap didih, bukan lagi di tahap lebur tiap kali ada scene Ju Won & Ra-Im. Sangat shuweeetttt, tahu? Hati gua ni halus, cepat tersentuh. Nak tompang kasih tak boleh. Gua boleh tompang bahagia je lah walaupun dengan hanya menonton.

Mungkin tak banyak yang tahu drama ni sebab bukan kat Channel 391 atau 8TV. Kalau tak, sure satu Malaya dah kecoh. Pffttt. Takpe..biarlah gua meroyan sorang-sorang. Geget bantal, jerit sorang-sorang. Gua tau, lepas ni..musti para gadis dan wanita akan tahu macham mana perasaan gua. Waktu tu gua akan cakap,

Been there. Done that.

Sambil buat muka toya.

LOLOLOLOL.

Bayangkan kalau watak “a Korean vampire who can sing like Bruno Mars” wujud. Purrrr-fect!! 3 in 1. Kombinasi yang tiada tolok bandingannya.

Dan gua bukan lagi jatuh tangga. Tapi jatuh dari bangunan patplohpat tingkat😉

2 thoughts on “A Korean vampire boyfriend who can sing like Bruno Mars? Purrrr-fect!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s