iPhone application to track your menses

Saya jenis manusia yang akan tanda dalam kalendar kalau Auntie Flow [read: menses] datang melawat tiap-tiap bulan. Supaya saya boleh tahu menstrual cycle saya, dan senang untuk saya track sama ada lambat/cepat untuk bulan-bulan akan datang.

Kadang-kadang, lupa jugak nak tanda dalam kalendar/organizer. Nak nak pulak kalau ditinggalkan di office dan tidak dibawak selalu. Jenuh nak ingat bila tarikh yang tepat. Susah tahu jadik orang perempuan ni.

Minggu lepas masa tengah godek-godek iTunes Apps Store, saya terjumpa satu applikasi yang sangat berguna. Pink Pad.

Pink Pad is a health and lifestyle tracker with integrated community to connect women around the world. Designed with a calendar-style UI, Pink Pad is simple and extremely intuitive to navigate. Pink Pad helps track health related issues such as weight, menstrual cycle, emotional/physical well-being while connecting to a global community of women for support and information exchange.

Boleh tepek gambar sendiri kat depan-depan. Me loike!

.

Aplikasi yang sangat membantu saya untuk keep track menstrual cycle saya. Tak perlu saya tanda di kalendar/organizer lagi. Hanya perlu masukkan tarikh-tarikh Auntie Flow datang melawat dan segalanya akan dikira termasuklah; hari subur, hari pengovulan, dan tarikh Auntie Flow akan datang melawat untuk bulan hadapan.

Lebih baik lagi, saya boleh catatkan secara terperinci sepanjang Auntie Flow datang melawat; perubahan mood, simptom, aliran haid, berat badan, dan suhu badan.

Yang paling comel, ikon yang digunakan sangat kecil molek. Pink Pad juga punya tema yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing.

Tengok!! Siap ada reminder lagek!!

.

Boley jugak berforum😉

.

Jangan risaukan tentang privasi. Aplikasi ini boleh diletakkan password agar orang luar yang suka nak tengok iPhone anda tidak bisa mencerobohinya.

.

Untuk mereka yang mahukan aplikasi yang lebih mudah tapi masih mampu berikan fungsi yang sama, mungkin juga boleh cuba P Tracker Lite. Walaupun aplikasi ini adalah ‘Lite’ tapi ia masih mempunyai fungsi utama yang diperlukan.

P Tracker Lite juga mempunyai ciri-ciri privasi. Pengguna boleh meletakkan password sendiri. Data juga boleh dihantar ke emel sendiri jika mahu. Ternyata ia lebih mudah digunakan. Cuma aplikasi ini tidak memberikan pengguna ‘Lite’ untuk memilih temanya sendiri kerana tema adalah terhad untuk P Tracker Lite. Kalau mahukan lebih fungsi, boleh beli yang versi ‘Deluxe’.

.

Daripada asik install games di iPhone tu, apa kata masukkan sekali aplikasi sebegini yang mampu membantu diri sendiri. Tak perlu lagi kalendar/organizer.

I ♥ Pink Pad.

 

2 thoughts on “iPhone application to track your menses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s