Berita

Gua bukanlah manusia yang rajin nak baca sokabar. Kalau gua baca skalipun, gua akan baca dari belakang. Baca bahagian sukan dolu, tengok tv guide, pastu baca pasal artis. Sudah. Gua malas nak baca dari depan sebab banyak kisah politik. Sorry. Gua tak minat.

Jadik, gua memang rely on berita pada waktu perdana kat tv. Dalam kes gua, gua tengok Buletin Utama. Gua tak betah kalau tengok berita kat tv lain. Rasa tak lengkap hidup gua. Gua rasa janggal.

Tapi sekarang, gua semakin jengkel dengan Buletin Utama. 20 minit pertama, asik duk cerita pasal politik politik politik. Lu orang boleh kata, mebi sebab skang ni musim Pilihan Raya Kecil Negeri..tu pasal banyak pasal politik. NO!! Gua perasan dah lama dah Buletin Utama banyak cerita pasal politik dalam 20 minit pertama tu. Come on lah! Gua dah muak. Gua tengok berita lu sebab nak tau pasal isu semasa, pasal ekonomi, pasal rakyat. Bukan pasal parti tu tuduh parti ni, parti ni kutuk parti tu. Drama drama drama! Propa propa propa! Apa sumbangan sebenar kepada rakyat tak pulak nak cerita.

Oh, gua tak sokong mana-mana parti. Tapi gua memang tak suka politik. Toksah sembang kencang ok. Mana-mana politik kat donia ni sumanya kotor. Tapi politik kat Malaysia ni..MASYAALLAH! *geleng kepala*

Sudahnya, berita yang gua harapkan nak sampaikan maklumat, jadik saluran untuk beritahu percanggahan fahaman politik. Sampaikan kadang-kadang, gua nampak berita pasal keluarga miskin yang diberi bantuan pun berunsurkan politik. Semua benda nak dipolitikkan.

Sekarang gua cuma tengok bahagian Luar Negara. Ataupun berita yang dihujung sekali. Yang 5 minit terakhir tu. Sebab gua takmo bazirkan masa (itu emas) gua.

2 thoughts on “Berita

  1. kan? nampak sgt la tv3 bias. yg pembangkang semua buruk2. i mean takyah la bg nampak sgt ko tu bias kan hahaha. aku pun tak suka apa2 politik sekalipun. even org ckp kita kena amek tau sikit2. erhhh koserrrr sgt nak amek tau. semua nya kotor.

    • haha..sangat! ako pun malas nak amek port pasal politik ni. kita yang rakyat ni tak senang mana, semua harga naik, gaji tak seberapa. tapi depa? dahlah kaya, nak pi sana sini suma guna duit kerajaan.

      dah senang, senang lagi.
      dah kaya, kaya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s