Time is running out

Makin dekat hari keberangkatan, makin sibuk dia. Makin sikit masa yang tinggal di Tanah Melayu, makin banyak pulak halnya.

Jangan pergi, boleh?

“I still have the RM5 coupon for MPH. You wanna grab a book there?”

Tanya saya kepada dia bila kami berjalan melintasi kedai buku MPH.

“No. Thanks.”

Bukan niat nak habiskan kupon tu pun. Tapi sebenarnya, saya teringat bila dia mencarikan buku Blue Ocean Strategy di MPH Mid Valley tempoh hari. Memandangkan MPH tu luas, nak cari sebuah buku dari satu rak ke rak yang lain di seksyen Business memang payah.

Saya taipkan judul buku ke dalam system carian MPH. Jumpa. Saya berikan info kepada dia untuk dia cari Blue Ocean Strategy dan saya berlalu ke seksyen yang lain.

Saya pusing ke balakang. Lucu bila melihatkan dia terkial-kial mencarikan buku tersebut. Sah! Dia jarang pergi library tak pandai carikšŸ˜›

Saya patah balik ke arah dia. Selang satu rak, betul-betul di sebelah dia terletaknya buku Blue Ocean Strategy. Saya ambil dan saya berikan kepada dia.

Dia sengih.

Kadang-kadang kita tak sedar, perkara-perkara yang remeh sebegini yang banyak meninggalkan memori. I miss him already.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s