706

Hola peeps!

Gua rasa malas benor nak hapdet ni. Gua rasa rendah diri yang teramat sangat nih. Sangat-sangatlah rendah diri yang paling dalam hingga ke Jurang Mariana.

Pagi tadi gua sarung khakis kaler kelabu gua. Gua sarung je macham biasa. Sampai kat paha, dah sangkut. Gua terak jugak-jugak. Berjaya. Ketat macham sarung nangka. Gua sendiri tak sanggup nak tengok. Tapi gua gigih nak zip dan kancing butang.

Siak! Gua kena tarik napas dalam-dalam baru gua dapat kancing sama zip seluar tu.

Gua tengok dalam cermin. Macham haremmmmmmmm!! Siap nampak alur [read: cameltoe]. Punyalah sentat macham musibat!!

Gua taknak salahkan diri sendiri tapi gua nak salahkan Channel Lifestyle 706. 4 hari gua balik Penang, 4 hari gua duk umah, 4 hari gua mengadap tv, 4 hari gua mengadap Channel Lifestyle 706 dari pagi sampai malam. Sumpah gua nak cakap, suma rancangan masakan kat situ best-best dan sedap-sedap belaka. Tambah pulak HD, kualiti gambar memang marveles! Gua tengok makanan macham ada depan mata gua. Terus gua rasa terliur, gua pergi dapur..gua carik apa yang ada.

Memang gua tak berhenti makan. Kejap kang gua amek semangkuk Kuey Teow Goreng, pastu kang gua amek nasik sepinggan. Gua buh nasik sikitttttt jek. Pastu gua ulang sampai tambah nasik sampai 3 kali. Agak-agak dah petang sikit, gua sambar egg tart dalam peti. Malam kang, gua kedarah nasik lagik. Masuk tengah malam, gua goreng French Fries sebab nak tengok Shaun The Sheep pulak.

Gua ulang kesemua rutin di atas selama 4 hari berturut-turut. Minggu depan balik Penang lagik untuk CNY. Seminggu gua cuti. Seminggu gua akan mengadap tv. Seminggu jugak gua akan bukak Channel Lifestyle 706 tu lagik.

Paula’s Home Cooking

.

30 Minute Rachel Ray

.

Giada At Home

.

Jangan terkejut kalau gua balik opis dengan badan saiz tong dram T________T

3 thoughts on “706

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s