#Random: Price Tag

Kalau masa di sekolah rendah dulu, Mak/Abah akan kasik duhet poket untuk seminggu. Pandai-pandailah nak bajet sendiri. Masuk sekolah menengah, akan dapat duit poket untuk sebulan terus. Awal bulan je rasa macham orang kaya baru. Heheh!

Kalau nak apa-apa, jangan haraplah nak dapat bergolek. Simpan duhet poket sendiri, bila dah agak-agak cukup..baru boleh beli barang yang diushar selama ni. Be it kasut ke, baju ke, seluar ke, beg ke..semua beli dengan duhet simpanan sendiri.

Tau ajelah, budak sekolah. Kalau masuk butik nak survey harga barang, nampak aje mana yang berkenan terus selak price tag. Kalau harga mampu bayar, angkat. Kalau harga melampau sangat, letak balik.

Dalam hati punya sedey. Hati dah berkenan tapi harga ridiculously expensive and overpriced (untuk masa tu lah). Terus pasang niat dalam hati, kalau dah kerja nanti..kalau ada berkenan kat mana-mana barang, terus je amek tanpa perlu memikirkan harga. Tak payah nak selak-selak price tag, terus bayar kat kaunter. Oh, indahnya donia. Syorga!

Sekarang dah kerja. Tapi perkara pertama yang akan dibuat selepas mata tertancap kepada barang yang menarik perhatian; selak price tag. Masih sama seperti dahulu.

Sebab? Percaya atau tidak, kadang-kadang barang barang berjenama ni hanya jual nama. Contoh;  baju. Sehelai tank top di MNG mencecah harga RM70 sehelai sedangkan kualiti kainnya adalah sangat nipis yang mampu menampakkan baju dalam saya yang berwarna-warni. Untuk harga yang sama, saya boleh dapat 3 helai t-shirts berkolar dengan harga lebih kurang RM sehelai di Chic Avenue/Agenda/Voir Jeans, ataupun 7 helai t-shirts berkolar dengan harga RM10 sehelai tanpa jenama tetapi dengan kualiti kain yang baik.

Ya, saya masih melihat kepada price tag itu sampai sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s