Untuk hari esok dan hari-hari yang mendatang..

Tak terjangka apa akan berlaku untuk 5 tahun akan datang, atau 10 tahun. Kadang-kadang, otak akan mula bekerja lebih masa dan hati akan berkata..

“Kan bagus kalau dapat aku lihat masa depan. Macham mana dengan hidup aku akan datang..? Mungkin aku akan dapat buat pilihan yang tepat dan takkan melakukan kesilapan kalau aku bisa melihat masa depan.”

Salah!

Andaikan…ANDAIKAN sahaja bahawa saya punya mesin masa seperti dalam filem “Back To The Future”. Dan saya lihat kehidupan saya untuk 10 tahun akan datang.

Situasi #1 – Masa depan yang bahagia. Saya punya keluarga yang menyayangi saya, suami, dan anak-anak. Kerjaya bagus dan mampu memiliki setiap apa jua keinginan di hati. Saya berjaya dari semua segi.

Mungkin bila sudah tahu masa depan saya begini, saya akan memandang enteng. Segalanya saya ambil mudah. Take for granted. Kerana dalam kepala hotak seperti sudah diprogramkan yang saya akan punya segala-galanya yang saya inginkan di kehidupan ini.

Dan saya akan mula menjadi malas. Malas untuk berusaha. Seperti menantikan segalanya datang bergolek sendiri. Teruk, bukan?

Situasi #2 – Masa depan yang porak-peranda. Kehidupan tidak seperti yang diimpikan. Hidup saya sendirian, dengan keluarga yang porak peranda dan berpecah belah, mungkin berkahwin dengan bukan pilihan saya dan akhirnya bercerai kerana tiada persefahaman. Kerjaya masih di takuk yang sama dan sentiasa merasa tidak puas hati.

Saya akan hidup dalam keadaan paranoid! Mengetahui ini bakal terjadi, tidak boleh tidak musti akan ada lintasan dalam hati yang apa sahaja yang saya lakukan, tindakan yang saya ambil akan menyebabkan masa depan saya menjadi kelam dan kucar kacir.

Contoh; Membuat keputusan. Mungkin pilihan A adalah baik, tapi bila teringatkan ramalan masa depan yang tidak begitu baik..saya tukar kepada keputusan B. Kerana saya fikir, mungkin sebelum ini saya telah membuat pilihan yang salah dengan memilih pilihan A. Ataupun lebih teruk lagi, langsung tidak mampu untuk membuat pilihan kerana terlalu takut untuk membuat kesilapan.

Tak salah kalau mahu berhati-hati dan teliti dalam setiap keputusan tetapi bila hidup asyik diselubungi dengan ingatan yang tidak baik, hidup takkan menjadi tenang. Akan sentiasa resah dan gelisah. Ataupun menjadi terlalu selesa bila mengetahui kehidupan akan datang adalah seperti yang diidamkan.

Sebab tu Allah s.w.t melarang keras umat Islam menilik nasib. Serahkan sahaja kepada Tuhan kerana nasib, jodoh, ajal dah maut sudah ditentukan-Nya. Kita sebagai manusia cuma perlu berusaha dan menjadi hamba yang taat.

Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui.

2 thoughts on “Untuk hari esok dan hari-hari yang mendatang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s