Malam pesta muda-mudi

Kalau datang ke Penang bercoti di penghujung tahun, jangan lupa singgah di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong. Pesta ni hanya diadakan pada bulan Disember sahaja.

Jengah je jam 8 malam, memang sesak jalan di Sungai Nibong dengan kereta yang beratur nak dapatkan parking. Rata-rata memang kereta dari luar Penang. Kalau tak dapat parking di tepi Tapak Pesta, boleh masuk kat kawasan parking berbayar Terminal Bas Sungai Nibong, kat sebelah tempat letak teksi. Tak sampai RM5 pun harga dia kalau tak salah untuk sekali masuk.

Bayaran masuk untuk Tapak Pesta Pulau Pinang;

Dewasa: RM3
Kanak-kanak: RM1

Biasanya tiap malam akan ada persembahan daripada artis-artis tempatan. Persembahan malam tu, kumpulan Bunkface. Saya tengok dari jauh je. Malas nak berasak-asak bau peluh-masam-ketiak-busuk manusia. Ha ha ha.

Bunkface dari kejauhan

.

Pesta ni sebenarnya selain daripada nak berhibur, ada jualan. Itu tarikan utama untuk makcik-makcik yang suka shopping. Masa saya pergi tu, tengah sakan dengan tikar buluh dan karpet. Memang murah sebab harga tengah runtuh sebab dah masuk minggu akhir Pesta Penang. Mana-mana pergi, mesti tengok orang berangkut sorang satu tikar buluh. Baik Cina, India..Melayu apatah lagi!

Makanan, kain baju, tudung pun banyak. Saya dapat rembat sepasang kain Chiffon untuk dibuat baju kurung dengan harga RM10 untuk 4 meter, English Cotton sepasang RM20, tudung boleh dapat semurah RM5.

Ada tinju jugak

.

Jangan risau. Kat dalam ni ada surau, ada medan selera, ada tandas awam.
Tarikan utama Pesta Penang pada saya adalah Euro Park.

Rides ni semua sama macham yang ada kat Genting tu la jugak. Cuma kat sini bezanya, kalau nak naik kena beli token. 1 token = RM2. Harga setiap rides tu berbeza-beza.

Macham Vortex ni kalau tak salah 3-4 token. Mula-mula memang teringin nak naik tapi masa saya tengah makan kat medan selera tu, Vortex ni tengah breakdown, dan ada orang tengah main masa tu. Satu hujung kat puncak, satu hujung lagi di bawah. Lama jugaklah tergantung macham tu..dalam 15 minit. Ingatkan lepas tu dia akan stop kan terus Vortex ride tu, nak buat maintenance ke hape. Rupanya tidak. Slumber je orang sambung main pas tu. Bagi saya percuma RM100 pun saya tak mo. Seribu hengget mungkin! LOL!


Ni nama dia Challenger. Nak main kena ada 3 token. Alang panggil menatang ni sotong. Sebab sambil dia berhayun ke atas ke bawah, ke kiri ke kanan, dia berpusing 360°. Kecut peruttttttttttttttt!!

Belakang tu ada Top Gun yang macham haremmmmm! 5 tahun lepas, saya main Top Gun tu. Paling BEST sebab safety belt saya malfunctioned. Gila! Macham nak tercabut nyawa bila menda alah tu berpusing-pusing. Harapkan tangan pegang kat besi and push kuat-kuat kaki takut tergelincir. Sampai ketar-ketar lutut dah tak mampu nak bertahan.

Tapi gua tarak hal. Lepas tu pun boleh lagik main roller-coaster bagai kat Genting. Tak trauma pun. Huahauhauhau.

The Executioner

.

Makan budak! Makan budak!!

.

Alang cakap tak seram langsung. Hantu ada seketul je. Tu pun hantu pemalas.
Rides ni suma bukanlah panjang sangat kena beratur. Memang nampak ramai orang tapi bukan semua nak main. Banyak kapel-kapel saje jalan pegang tangan dan merendek je.


Pesta ni tengah malam baru tutup. Sekarang dah bulan Januari. Kalau nak pergi, sila tunggu hujung tahun ni, okey!

.

iZZie:

Pesta Pulau Pinang adalah penutup kepada aktiviti “Kaki Jalan” saya bagi tahun 2010. 2011?? Tunggguuuuu…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s