Kok kita kan laginya serumpunnnnn..

Tadi saya tepon SK-II Crystal Club Hotline @1800-80-1782. Mau bertanyakan tentang Crystal Points dan jugak Crystal Club Silver Card. Suara operator yang dirakam terlebih dahulu itu menyapa saya dalam Bahasa Indonesia.

Takpe..mungkin operatornya nanti akan bertutur dalam Bahasa Malaysia. Saya sengaja pilih pilihan “1” untuk bercakap dengan operator dalam Bahasa Malaysia.

“Selamat siang, Cik.”

Saya kaget. Loh, operatornya masih bertutur dalam Bahasa Indonesia. Matik saya. Seboleh-boleh saya coba untuk tidak kedengaran begitu berbeda dengan bahasa yang dituturkannya, coba mahu kedengaran seperti cewek dari Jakarta berkomunikasi.

I failed big time!

“Bila ye Crystal Points saya akan expires?”

“Kapan Crystal Points Cik Yana akan tamat tempohnya adalah pada tanggal 26 Maret 2011.”

Kapan laaaa..kapan!! Nasiblah dia boleh paham. Terus saya tukar gear, sebab dan segan punya pasal..mahu cakap Omputeh plak. Sekurang-kurangnya, dua-dua faham dengan mudah dan lebih jelas. Tapi kan, terasa termalu berlipat kali ganda yang teramat sangat. Pasal dia kot mana-manapun, masih menjawab dalam Bahasa. Bila skali saya soal dalam English, dia jawab dalam Bahasa..terus masuk gear reverse balik T_______T

Dulu, masa saya di KMPP..Tuan Pengarah kami punya bunga bahasa sangat cantek. Sangat sedap didengar. Mungkin beliau belajar di Indonesia, makanya..cara percakapannya jugak begitu tersusun dan puitis. Tiap kali beliau berucap di perhimpunan, seperti mendengarkan beliau sedang membacakan puisi.

“Anak-anak sekalian.. Janganlah ada yang yang termakan dengan bujukan jejaka-jejaka yang di sebelah sini (sambil tunjuk di sebelah kiri. Masa kat KMPP, perempuan berhimpun di sebelah kanan dewan, lelaki di sebelah kiri dewan). Karena jejaka-jejaka ini semuanya buaya belaka. Mereka suka mengajak anak-anak gadis sekalian berdramawisata. Buaya semua ini..”

Beliau suka menasihati tapi dengan cara berjenaka.

Berbalik kepada cerita operator tadi, saya ajukan soalan tentang Events & Promotions yang dia tiada jawapan spontan. Penuh sopan santun, dia membalas

“Pertanyaan yang bagus, Cik Yana. Walaubagaimanapun, saya tiada jawapannya ketika ini. Oleh yang demikian, saya akan ajukan soalan ini kepada unit yang lainnya yang menjaga bahagian Events& Promotions. Diharap Cik boleh menunggu di talian.”

Nak marah ke kalau dilayan sebegitu sopan? Kalau dilayan macham ni, yang nak marah pun tak jadik marah bila tepon customer service. Ini tidak, dahlah nak tunggu operator jawab call pun berchenta, bila jawab pun cakap merebek bok bek bok bek sampai kena mintak ulang patplohpat kali, belum lagi suruh tunggu kat talian, lepas tu pulak kena pas kat unit lain sebanyak patplohpat kali jugak. Kena pulak Customer Service Line 600-85-9999 yang cekik darah kena bayar RM1.95 seminit..lagik hangen nak maki laju-laju.

Coba teka kompeni mana yang bijaksana buh nombor “600” untuk Customer Service Line tu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s