untuk tidur lena

Tidak boleh tidak, sebelum melelapkan mata dan merehatkan badan di malam hari, Mr.K akan menelepon saya. Walaupun tak sampai 1 minit pun kadang-kadang tu, tapi cukup untuk membuatkan tidur malam saya lena.

Dan itu sudah menjadi rutin harian saya. Selama 6 tahun.

Percaya atau tidak, rutin sebelum tidur itu adalah penting. Kerana bila sudah biasa melakukan suatu rutin sebelum tidur, isyarat akan dihantar kepada otak untuk memberitahu bahawa yang badan kita sudah bersedia untuk tidur. Jadi, kita akan dapat tidur yang berkualiti tanpa perlu terkebil-kebil sebelum betul-betul terlena.

Dan rutin 6 tahun saya itu terganggu sejak kebelakangan ini.

Alternatif yang saya ambil adalah jalan singkat yang bisa memudaratkan diri sendiri. Saya akan ambil ubat batuk dan anti-histamine..tidaklah saya batuk mahupun selesema yang memerlukan saya mengambil ubat tersebut tapi saya gunakan untuk mendapatkan tidur yang lena.

Memang lena akan menjemput dengan pantas. Tidur nyenyak. Tapi apabila bekalan sudah kehabisan, waktu itu saya menderita sendiri. Tidak mampu tidur seperti biasa.

Saya sedang cuba dan berusaha untuk mengubah tabiat ini dengan meminum susu sebelum tidur. Ada juga rutin lain seperti membaca novel di tempat tidur untuk 5 minit tapi itu tidak sesuai untuk saya. Kerana, apabila saya mula membaca novel, saya akan menjadi lebih berminat untuk tahu kisah selanjutnya. Ini akan menyebabkan saya sanggup tidak tidur untuk menghabiskan novel tersebut.

Ada juga rutin lain yang boleh dilakukan seperti gosok gigi, sapu losyen pada badan. Tapi jangan membiasakan diri dengan menggunakan komputer sebelum tidur. Lebih-lebih lagi smartphone yang sememangnya mudah untuk browse internet dan semak FB kamu sebelum tidur. Percaya atau tidak, dengan menggunakan komputer atau smart phone kamu sebelum tidur, kamu seolah-olah memberitahu otak bahawa kamu berada di ofis dan sedang bekerja. Cahaya komputer dan smartphone dengan keadaan bilik kamu yang suram dan gelap juga akan merosakkan mata. Tak pasal-pasal nanti jadi macham saya..power makin mencanak-canak naik.

Mungkin kamu juga ada rutin yang kamu lakukan sebelum tidur tanpa kamu sedar. Cuba perhatikannya bermula daripada malam ini. Apakah rutin kamu sebelum tidur?

One thought on “untuk tidur lena

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s