A Series of Unfortunate Events

  • Setelah percubaan pertama gagal untuk bertemu dengan Baby Khalis di Taman Mas, Puchong..percubaan kedua diteruskan juga semalam. Namun langit tak selalunya cerah.
  • Hujan di KL. Jam menunjukkan pukul 5.20 pm. Lebat. Ayu Kama menumpangkan saya hingga ke stesen LRT Bangsar. Tapi terpaksa meredah kesesakan di Jalan Pantai Baharu sebelum berjaya ke destinasi.
  • Jam 5.45 pm. Menghala ke KL Sentral untuk mengambil komuter ke stesen UKM di mana Jas Jamal berada di sana bersama-sama yang lainnnya.
  • 5.50 pm. Sampai di Platform 6, train ke Seremban dijangka tiba jam 5.57 pm. Lega. Terus menghala ke koc wanita. Manusia ramai sungguh.
  • Pengumuman. Train ke Seremban mengalami masalah. Masih sangkut di stesen Sungai Buloh. Dijangka tiba jam 6.35 pm. Manusia semakin sesak. Tapi saya masih teguh berdiri dalam barisan. Khuatir nanti tak dapat menaiki train. Sudah lambat ni.
  • 6.38 pm. Train tiba. Tiba-tiba badan tersasa ditolak dengan kasar. Ditolak-tolak dari belakang, kiri dan kanan. Tak sangka wanita-wanita ini mampu bertindak ganas. Bagaikan menggila. Entah macham mana dah sampai depan pintu komuter. Tapi sudah padat. Ditolak lagi. Kedua-dua kaki dan badan sudah berada dalam train tapi sipi-sipi. Kalau pintu tertutup, maknanya akan tersepit. Ditolak-tolak lagi dari belakang. Sakitnya. Tapi sebab dah terlalu mampat, tiada ruang yang tinggal. Pintu komuter ditutup. Nasib baik tak tersepit di pintu. Tapi masih tersepit di antara manusia yang padat.
  • Panas dan rimas. Untuk seseorang yang hyperperspiration seperti saya, peluh merembes-rembes macham air paip. Tiada udara sejuk yang keluar dari pendingin hawa. Habis tisu sepaket lembab dengan peluh yang dikesat di muka dah leher. Baju terasa basah dengan peluh.
  • Train berhenti di stesen Mid Valley. Tak ramai yang keluar, tapi ramai yang coba masuk. Lama train berhenti. Kemudian pintu ditutup. Tidak bergerak. Statik. Peluh merembes-rembes. Udara makin menipis. Pintu train terbuka lagi. Kemudian tertutup. Masih tidak bergerak. Statik.
  • Pintu terbuka lagi sekali. Tertutup. Masih tidak bergerak. Statik. Sudah hampir 10 minit begitu. Pandangan makin kabur. Peluh merembes-rembers. Basah dengan peluh. Rasa comot sekali. Kaki semakin tidak dapat menapung berat badan. Lutut bertambah sakit. Kaki menggeletar. Nafas sudah tercungap-cungap. “Kalau terbuka lagi sekali, memang kena rempuh keluar.”
  • Pintu terbuka luas. Saya rempuh lautan manusia dengan berkata, “Exucuse me. Excuse me.”
  • Ahhhh.. terasa nyaman sungguh udara di luar. Sejuk dan segar. Jas Jamal saya hubungi. Maaf, saya tak dapat sertai. Ketahuilah kalian, saya adalah mangsa keadaan.
  • Saya berjalan menghala ke dalam Mid Valley. Masih ada sisa-sisa hujan yang membentuk lopak air di jejantas. Saya berjalan menuju ke Jusco.
  • Terasa licin benar permukaan lantai Mid Valley.
  • Mungkin kerana basah dengan hujan, ditambah pula dengan tapak wedges yang semakin haus..beberapa kali saya terpaksa mengimbangi badan kerana terasa seolah-olah ingin jatuh.
  • Dan akhirnya saya jatuh. Di Mid Valley. Di hadapan pintu masuk JJ. Sakit sebab jatuh boleh tahan lagi, tapi malu tak tau nak sorok kat mana.
  • Terima kasih. Untuk hari yang indah. Itupun pada hari yang sama external hard disk 80GB saya corrupted.
  • T___________________T

2 thoughts on “A Series of Unfortunate Events

    • pasal tapak dia dah haus dah wehhh + hujan.. gila lincin. kalo tapak dia grip macham crocs, takdak masalah ako nak lari 100m dengan wedges tu pun @____@

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s