Majlis Merisik [21/11/2010]

Barang-barang dari pihak lelaki

.

Berbalas 5 dari pihak perempuan. Sumpah! Ni semua last minute sebab ingatkan kalau merisik tak perlu balas bekas manisan yang dihantar oleh pihak lelaki. Menggagau carik buah kat Sunshine Farlim tapi tak berapa nak molek sebab dah lepas raya. Pergi carik pulak kat Econsave, pun sama. Itu kiranya dah besar tuah walaupun dua tiga kerat jek.

Yang ni bukannya kek coklat tapi pulut manis. Tok Tiah buat dari Perlis. Mulanya Tok nak ponjot-ponjotkan jadik macham anggur tapi tak menjadik. Sudahnya dia bubuh dalam acu, telangkupkan. Jalan gak otak orang tua tu.

Antara yang hadir. Ada lagi yang duduk kat dapur. Ada lagi yang terpaksa duduk kat luar. Maklomlah, rumah sekangkang kera. Duduk di berek sahaja. Besar lagi sekangkang kera itu.

Asalnya majlis ni untuk keluarga dan saudara rapat. Dah sedia maklum, pihak lelaki datangnya segerombolan. Tapi jemput jugaklah jiran tetangga yang ada. Turn out, semuapun hadir. Dah jadik macham majlis bertunang pulak lagaknya sebab meriah sangat.

Alhamdulillah, makanan cukup. Murah rezeki sebab jiran tetangga bawakkan kuih-muih. Semua berjalan dengan lancar.

Oh, siapakah si pemakai dress itu?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Alang!

.

Tee hee hee. Bukan saya. Kalau saya, saya sudah khabarkan pada teman-teman rapat. Tak gitu, Kausar? Lain kali kalau nak serbu, sila pakai helmet ya babe!

Hari tu kan ke saya MC panjang? Saya balik Penang. Masa tu baju dah hampir siap. Cuma tinggal nak jahit butang yang sudah siap disarungkan. Beadings pun dah 90% Alang siapkan.

Mulanya saya tak percaya yang Mak jahitkan dress untuk Alang. Sebab box pleat di bahagian dada dan kain tu nampak macham dress yang ditempah di kedai. Kain potongan begitupun tak pernah lagi Mak jahitkan sebelum ni.

Rupanya saya silap. Memang betul Mak yang jahitkan. Cuma Alang ambik design daripada majalah. Mix and Match. Baju dari design lain. Kain dari design lain.

Semuanya untuk majlis merisik ni dibuat sendiri. Dari hiasan bilik tidur, hantaran merisik, sampailah ke dress.

Alang takat bahu En. Zol jek! Tsk tsk tsk. Kalau hati sudah suka..semua indah saje

.

Tahniah, tahniah!! Moga langkah seterusnya lepas ni akan berjalan dengan lancar. Setiap halangan dihadapi dengan sabar dan tenang. Adik saaaaaayang awak, Lang!

Klorga belah Abah. Tak semua ada tapi hampir lengkap. Apieq takmo masuk dalam korum. Tapi bila tengok gambor ni, rasa sebak sangat. Sayu.

Sebab selama 24 tahun hidup atas muka bumi ni, kami seklorga tak pernah ada family portrait. Tak pernah ambik gambor ramai-ramai satu klorga, even masa raya. Tapi masa majlis merisik Alang, Abah suruh ramai-ramai kumpul ambik gambar satu famili.

Abah yang mana? Coba teka? Orang kata saya ni fotostat muka Abah T_______T

Kenapa saya takde dalam gambor? Sebab masa majlis ni, saya tiada. Saya dah pulang ke KL.

Ok, tipu! Bukan takat sebak dan sayu bila tengok gambor ni kat Facebook Alang. Tapi dah nanges laju-laju.

Mana tisu???!!

11 thoughts on “Majlis Merisik [21/11/2010]

    • sebab nak kenal-kenal dengan keluarga masing-masing dulu. lagipun keluarga pihak lelaki tak pernah jumpa lagi Alang. tu pasal buat peringkat demi peringkat. tak manis kalau tiba-tiba terus datang bertandang untuk tunang.

  1. oh mcm saya dulu. tp saya balas lauk. tak sempat dah nak cari barang! huhuhu. taniah alang… walaupun semua orang akan tanya kenapa tak tunang terus….tapi jawapannya…sesungguhnya merisik itu amat manis…

  2. …sangat setuju..
    merisik la dolu..baru merasa malu-malu dirisik..

    tapi cop!!!!!

    muka alang macam kembar Iz….

    tapi apa pon…
    tolong tanyakan pada alang Iz ngan mak…

    tak nak bukak tailor baju pengantin??

    saaaaaannnnnnngggggggggaaaaaattttttt SWEEETTTT hokey!!! pluz…beads tuh…….sgt simple tapi, sweet….
    i loike the skirt n dada part….

    nampak seksi, tp ‘still’..nampak soft…
    just nice…
    plus lengan dia…….

    kemelayuan yang maseh terserlah…

    i looike…..

    tlg sampai kat mereka berdua, congratulation ek….
    abeh laaa, Rizalman….pasneh….

    heheheh…opxx ter’panjang’ plak..

    • mekasih yana..
      betul, kan? kalau merisik dolu barulah merasa malo2 dirisik
      hehe..ada org kata muka kitaorg sama, ada kata tak sama..tapi memang adik beradik sepusat sepusingšŸ˜‰

      setakat ni mak memang tak amek upah, alang pun sama
      kalau setakat nak tempah baju kurung biasa tu, rasanya takde masalah hehe

    • kak zura tadak, tak balik

      yaa..orang macham kita ni memang sepesen, cepat ja tacing kalo tengok gambar family ramai2
      sebab kita paham keadaan macham mana
      tsk

  3. Weh!!!!!!! tlg ucap congrats dkt kak wani!!!! pheweeett!! alhamdulillah…semoga kebahagiaan sentiasa bersama dia n kita semua..amin… ^_^

  4. kalau merisik memang pihak perempuan pun kene balas hantaran ke?then perempuan yang bakal dirisik tu buat apa ketika rombngan lelaki datang ke rumah??mohon penjelasan..x lama lagi pon akan ada rombongn untuk merisik saya..

    • salam shikin,
      masa kakak i dirisik hari tu, memang pihak lelaki ada bawak hantaran. dan pihak perempuan balas balik. lazimnya hantaran berbentuk manisan. tak banyak pun, setakat 3 berbalas 5 macham tu.

      yang si gadis cuma tunggu dalam bilik, keluar bila nak sarung cincin merisik je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s