‘Semangat’ yang hilang

Pernah dengar cerita dahulu kala tentang Semangat Padi?

Tak?

Begini ceritanya..

Al-kisah.. Pada zaman dahulu.. Ada sepasang suami isteri, Pak Andak dan Mak Andak (bukan nama sebenar) yang tinggal di sebuah kampung. Kerja harian mereka adalah mengerjakan sawah padi sendiri. Walaupun sudah lama berkahwin, namun mereka berdua masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kehidupan mereka berdua tidaklah senang mana. Namun demikian, bekalan beras di dapur masih mencukupi. Pakaian mereka tidaklah sering berganti dengan yang baru namun tidaklah pula koyak rabak. Semuanya sekadar cukup.

Pada suatu hari (tak tau pasal apa, kalau nak mula cerita je mesti guna ayat ni), selepas mereka penat mengerjakan sawah tiba-tiba mereka terdengar suara bayi menangis. Dicarinya dari manakah bunyi itu. Rupanya-rupanya, ada bayi perempuan kecil yang terlindung di balik pokok.

Melihatkan anak yang kecil itu, terus mereka membawanya pulang ke rumah tanpa berfikir panjang. Anak itu dibela, diberi kasih sayang dan dijaga seperti anak sendiri. Diberinya nama Melur (bukan nama sebenar) kepada anak kecil itu.

Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Melur semakin besar. Membesar bagaikan juara.

Semenjak Pak Andak dan Mak  Andak memelihara Melur, rezeki mereka melimpah ruah. Padi mereka semakin menjadi. Dari hidup sederhana, mereka sudah menjadi senang lenang. Dan tak lama kemudian, Mak Andak pun mengandung.

Apabila sudah punya anak sendiri, Melur mula disisihkan dan dianaktirikan. Tiada lagi kasih sayang seperti dahulunya, tiada lagi belaian manja. Sering sahaja Melur dicaci dan dihina. Dipukul dan didera. Sampailah sehingga ke suatu tahap, Melur dihalau dari rumah tempatnya berteduh selama ini.

Membawa dirilah Melur yang meningkat remaja itu ke hutan belantara. Pergi jauh dari kampung tempat tinggal Pak Andak dan Mak Andak. Penat berjalan, Melur sampai ke suatu kampung. Di pinggir kampung itu, dia terjelepuk di bawah pohon cemara kerana keletihan.

Pak Mat dan Mak Siti (juga bukan nama sebenar) tinggal jauh di pinggir kampung. Kerana kemiskinan, mereka memilih untuk tinggal jauh daripada penduduk kampung yang lain kerana sering dihina kerana kedaifan.

Sedang Pak Mat mencari hasil hutan, ternampaklah dia akan Melur yang terbaring di pohon cemara. Dibawanya pulang ke rumah kerana khuatir akan keselamatan Melur.

Bermula daripada hari itu, maka tinggallah Melur dengan Pak Mat dan Mak Siti. Melur pandai mengemas, memasak dan sentiasa membantu. Melur tidak hanya membantu di rumah, malahan dia turun mengusahakan sawah padi sepertimana yang sering dilakukannya dahulu sewaktu tinggal bersama-sama Pak Andak dan Mak Andak.

Padi Melur menjadi. Daripada beberapa petak sawah, bertambah menjadi serelung. Tanamannya makin menjadi-jadi dan membuahkan hasil yang lumayan. Kehidupan mereka berubah. Pak Mat dan Mak Siti tidak lagi hidup dalam kedaifan. Namun demikian, mereka tetap merendah diri walaupun hidup mereka sudah senang. Mereka hidup aman bahagia, rukun dan damai.

Lain pula halnya dengan kehidupan Pak Andak dan Mak Andak. Sejak Melur dihalau dan meninggalkan rumah mereka, kehidupan meraka berubah sama sekali. Tanaman padi tidak lagi menjadi. Habis rosak dimakan Siput Gondang Emas dan diserang makluk perosak lain. Daripada hidup kaya raya, mereka jatuh miskin.

Barulah mereka sedar yang Melur itu semangat padi. Namun demikian, sayang semuanya sudah terlambat. Tak guna ditangisi nasib yang menimpa diri akibat perbuatan sendiri.

.

Kenapakah saya bercerita tentang semangat padi?

Kerana semalam, semangat padi saya sudah pergi meninggalkan saya selama-lamanya. Beliau sudah pulang ke US for good.

T_____________T

Sewaktu semua rakan-rakan yang lainnya berkumpul sewaktu beliau mahu mengucapkan selamat tinggal, saya berlalu pergi. Saya tidak suka mengucapkan selamat tinggal. Terlalu sedih.

Dan antara sebab lainnya, malas sebab dah ramai sangat kat Kerajaan Langit yang tahu beliau adalah semangat padi saya dan asiklah duk teasing. Pffftttt!

Dalam kenangan. Ala-Ala Chow Yun Fat dalam God of Gamblers pulak bila tangkap gambor nampak belakang je nih. Tsk. -(Ihsan daripada Inchey K)

.

Arakian, beliau pergi bersama-sama semangat saya di sini. Bila dijengukkan kepala, tiada lagi nampak kelibatnya dari cubicle saya.

Perlu cari semangat padi baru sekarang!!

2 thoughts on “‘Semangat’ yang hilang

  1. oo… Begitu kisahnye… Ayu xpnh dgr plak cite psl semangat padi tu. Thanx 4 sharing… Tp pttnye iz b’gmbr ngan die semlm. Ni x, die dtg trs iz b’lalu pergi. Apa daa…

    • ehehe.. mak kita yang citerkan kat kita
      musti selama ni awak ingat kita saje je panggil “bro” tu semangat padi kan? tidakkkkk..ada sebab dan musababnya😀
      berlalu pergi sebab malu dan sedey..sob sob

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s