Cherita periuk dan belanga

Dari saya kecik lagi, Mak dah ajar..kalau masak di dapur, periuk/belanga jangan campur. Kalau masak masakan yang hanyir macham ikan/daging atau gulai, jangan campur dengan periuk/belanga yang masak manisan. Sebab nanti kalau masak bubur manis, perangat air gula, masak agar-agar ke apa..nanti hanyir tu boleh terasa dalam manisan tu.

Senduk pun macham tu jugak. Senduk kacau air/masakan manis jangan campur dengan yang yang selalu guna untuk masak gulai.

Nak dijadikan cerita, electric kettle kat umah sewa saya sudah ketiadaan. Makanya, tiadalah sumber air di rumah memandangkan alatan untuk memasak air tiada. Kendi pun tiada.

Yang ada cuma sebijik periuk yang biasanya digunakan untuk menggulai, dan kuali 2 bijik.

Al-kisahnya, periuk itu telah dijadikan mereka sebagai alatan untuk memastikan sumber air di rumah tidak terputus. Saya pandang aje, tak gamak nak minum air yang sudah dinyahkan bakteria melalui proses pendidihan. Sebab periuk tu adalah periuk gulai.

Tapi, kerana tekak yang amatlah dahaga saya turutkan jua. Saya tuang air dari periuk ke dalam mug. Lalu saya teguk.

Bluuuweeeekkkk!!

Muntah! Memang air tu terasa hanyir. Langsung tak boleh nak telan. Kan Mak dah pesan..??!!

Rela saya minum air paip T_______T

4 thoughts on “Cherita periuk dan belanga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s