Kota Kinabalu [part 4]

Filipino Night Market

Untuk makan malam terakhir kami di sini, kami memilih untuk makan di Filipino Night Market. Kak By beria-ria sekali. Katanya, kat sini pernah masuk dalam Amazing Race Asia. So, ke sana kita.

Memang banyaaaakkkkkkkkkk seafood kat sini!! Semuanya nampak sedap!! Ada ikan bakar, udang bakar, udang galah (RM20 seekor) pun ada!! Ketam, kepak ayam bakar..nom nom nom.

Udang 3 ekor satu cucuk – RM10

Sotong 3 ekor satu cucuk – RM10

Ikan pari sepotong (besar) – RM6

Ikan terubuk seekor (kecil) – RM7

Seketul kepak ayam bakar – RM1.20

Ulam (rumpai-rumpai) –RM2.00

Nanges tau!! Sebab dah lah murah, pastu sedap dan segar!! Ingatkan mula-mula macham mahal tapi taakkkkkk. Dalam RM30-RM40 termasuk nasik + air minuman. Tsk. Nanges lagik kat situ!!

The Aftermath

.

Lepas makan, haruslah berjimba-jimba untuk aktivit di malam hari. Ke mana kita? Ke 1Borneo untuk main bowling.

Saya No.1 tau!! NO.1 DARI BELAKANG. Pffftttt!!

.

END OF DAY 3

.

DAY 4

Yayasan Sabah & Observatory Tower

Hari terakhir kami di sini. Sebelum berangkat pulang ke KL jam 7 malam, kami menyudahkan aktiviti yang sudah dirangka sejak awal lagi.

Melompat dengan tinggi berlatarbelakangkan bangunan Yayasan Sabah

.

Meninjau bandar KK dari atas, di Observatory Tower

.

Waterfront, Philippines Market & Pasar Ikan Masin

Sebelum memulakan aktiviti yang memerlukan tenaga luaran dan dalaman, kita bergambar dahulu di Waterfront. Sebab kalau dah buat aktiviti yang satu tu, jangan haraplah nak pegang kamera lagik dah! Memang kamera tak laku masa tu.

Pulau Gaya kat seberang tu jek.

Dan saat yang dinanti-nantikan –SHOPPING!! Mak kirim terubuk masin, Alang suruh belikan souvenir untuk dia. Toksah cakaplah, memang semuapun nak mutiara. Gelang, rantai, kerongsang..

Memang banyak kedai dalam ni. Antara rajin dengan tak je nak survey satu-satu. Saya memang malas, tanya 2-3 kedai, mana jumpa terus ambik. Tak tahan..panasnya lagik, dengan orangnya lagik. Berlaga bontot.

Sebab saya dah ada set mutiara dari Krabi dan pemberian Mr.K, kali ni saya beli set mutiara hitam. Black Pearl. Nyeh nyeh nyeh. Sangat puas ati. Chantek. Tapi takmo tepek gambor kat sini. Nanti hilang seri😛

Kat sini pulak namanya Pasar Ikan Masin. Udang kering, ikan bilis, kuih cincin, ikan masin, dan macham-macham lagi semua ada di sini. Kalau nak banding dengan harga Semenanjung, memang beza. Kalau ikutkan kepala, memang boleh gila. Semua benda nak beli. Semua benda nak bawak balik. Bila dah bayar, baru fikir..macham mana nak angkut naik flight nanti?

Takpe, beli dulu. Macham mana nak angkut tu, belakang kira. Tu pasal Kak By dan saya masing-masing dah bawak extra bag awal-awal lagik. Sebab dah tau sangat, mesti memborong tak hengat.

Dah nak balik KL, baru dia munculkan diri. Takpelah, sekurang-kurangnya nampak jugak dengan mata kepala sendiri. Masya-Allah, indah sungguh ciptaan-Mu.

Sudah mau kena pulang T_____T

.

END OF DAY 4. END OF VACATION IN KOTA KINABALU

Sebelum saya ke sini, adalah jugak dengar cakap-cakap orang. Katanya makanan di Sabah tak sedap dan mahal. Salah okeyyyyyy!! 4 hari kat sana, memang heaven dengan makanan. Tak rasa kurangpun, malah..sedap lagi ada!

Macham 1st day sampai tu. Kitaorang dibawak ke kedai mamak. Being me yang sangat skeptical dengan mamak selain daripada mamak Penang, memang agak hesitate nak makan. Saya ordered roti canai kuah campur, Kak By pun roti canai tapi kuah dhal, Apek pulak roti telur kuah kari kambing.

Skali makan..sedap nak mampppsss!! Yang Abam Nazim ordered Mee Goreng Mamak. Selak ayam, nampak mee. Selak ayam, nampak mee. Dah la sedap, lauk pun tak kedekut.

Setiap hari, kitaorang brunch kat kedai sekitar shop lots Promonade Apartments. Makanan tak mahal, rasa semua cukup.

Rumusannya, memang saya sudah jatuh chenta dengan KK. Jatuh chenta dengan bahasanya, jatuh chenta dengan makanannya, jatuh chenta dengan buminya. Dan tak mustahil saya akan kembali semula ke sini!

.

iZZie:

Sorry sangat doc sebab Iz tak sempat jumpa aritu. Nanti kalau ada umur panjang, kita jumpa kat sana, ye!

2 thoughts on “Kota Kinabalu [part 4]

  1. salam,saya tertarik dengan percutian anda di kota kinabalu,saya dan isteri akan melawat disana pada bulan julai ini,saya ada berb agai soalan.kalau sudi talipon saya.sham 016-3595710

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s