Kota Kinabalu [part 3]

DAY 3

Kinabalu Park

Dari KK nak ke Kinabalu Park, makan masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Jalan memang berliku. Naik bukit, turun bukit jumpa darah setitik.

Nyiur melambai di Teluk Likas

.

Laluan ke Mesilau

.

Awan agak mencemburui kami. Lalu puncak Gunung Kinabalu ditutupinya. Langsung tidak menunjukkan diri.

Cuaca di sini memang sejuk. Mengikut Abang Alfian yang dah sampai ke puncak Gunung Kinabalu, ada 2 pintu masuk utama kalau mahu mendaki.

Bergambar dengan pintu masuk. Masuknya belom tentu. Lutut tak kuat T______T

.

Di Mesilau, kawasan pendakiannya adalah lebih rata berbanding pintu masuk yang lagi satu. Tetapi jaraknya lebih jauh.

Di sini memang nyaman sekali. Dengan bunyi unggas berkicau bersama-sama deru air sungai..

v(^___^)v

.

Nak tunjuk keropok sayur sebenarnya. Daun bayam dicelup dengan tepung dan kemudiannya digoreng

.

Buah mata kucing. Sedap tapi tak berani nak makan banyak sebab takut demam

.

Kundasang

.

Kundasang ni kiranya macham Cameron Highlands. Ada banyak jual sayur-sayuran yang segar. Pakkal jek jauh. Kalau tak, memang dah borong kat gerai-gerai yang jual sayur tu.

Gambar-gambar dari pintu masuk yang lagi satu. Yang ini pendakiannya lebih curam. Dari KK, kita akan jumpa pintu masuk yang ini dahulu. Tapi kami teruskan perjalanan untuk ke pintu masuk yang kedua yang terletak di Mesilau.

.

Karambunai

Bagi siapa-siapa yang pernah membaca novel aA+bB karya Hlovate, musti tahu yang Addin dan Benz ke Karambunai untuk berbulan madu. Musti tergambar di fikiran bagaimana Addin dan Benz menantikan fajar nan menyinsing berdua-duaan di pantai. Dan bagaimana Addin menyakat Benz dengan menulis, “Benji takut anak kucing” di atas pasir pantai.

Ye, saya memang mudah sangat terbawa-bawa kalau membaca novel ataupun menonton filem. Tapi memang sejak dari dulu lagi memang saya teringin betul ke sini. Bukanlah teringin ke sini setelah membaca aA+bB.

Kerana tempatnya begitu chantek sekali.

Alangkah indahnya andai dia juga ada bersama-sama..

Ini bukan tipu-tipu! Ini main sungguh-sungguh!!

.

 

Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s