Kesilapan teknikal. Padahal salah sendiri. Cuai. Nak jugak kata yang kesilapan teknikal, KAN?!

Minggu lepas tengok kalendar. Merangka-rangka cuti untuk sampai ke Disember 2010. Tengok-tengok jugak cuti untuk tahun 2011. Sampai ke Julai 2011, semuanya sudah siap dirangka. Sudah siap disusun. Sudah siap diatur.

Bab-bab cuti ni, memang saya lajuuuuuu skali. Masa sekolah dulupun, macham tu jugak. Sekolah belum bukak lagi tapi bila dah namanya dapat je kalender kuda tu, terus kira berapa hari bersekolah, bila cuti sekolah, bila raya, bila cuti umum.

Dan bila saya belek-belek kalendar, cuti untuk CNY belum berbeli lagi tiket nak balik ke Penang. Dan kebetulan, Firefly tengah ada promosi.

Harga tiket ke Penang dari Subang; RM39.90.

Harga tiket ke Subang dari Penang; RM39.90.

Jumlah keseluruhan termasuk tax dan baggage; RM149.90

Tapi saya tak beli. ‘Bos besar’ masa tu tengah sibuk. Takmo kacau dia.

Malamnya, baru saya bawak berbincang. Dikhabarkan kepadanya saya akan pulang ke Penang untuk CNY seperti biasa.

Keesokannya, dengan hati tulus suci nak beli tiket pulang ke Penang.. bertukar menjadi hancur luluh.

Harga tiket ke Penang dari Subang; RM79.90.

Harga tiket ke Subang dari Penang; RM79.90.

Jumlah keseluruhan termasuk tax dan baggage; RM229.90

Kalaulah..saya beli tiket tu semalam. Kalaulah..saya tak tangguh sampai ke hari ni. Kalaulah..saya tanya ‘bos besar’ jugak-jugak semalam tanpa hiraukan macham mana sibukpun dia. Kalaulah..kalaulah..kalaulah..

Tapi tangan ni gatal. Tak puas hati. Saja pilih ‘one way’ instead of ‘return’. Konon-konon nak tengok harga satu hala. Kalau murah, saya ambil bas dari KL ke Penang or vice versa untuk satu hala jugak.

Mula-mula tengok SZB-PEN –mahal. PEN-SZB –harga boleh tahan tapi macham takut lutut tak boleh tahan. Sejak dua menjak ni, lutut makin cepat sakit. Cepat lenguh.

Pasrah. Saya berkeputusan untuk beli sahaja tiket pergi-balik. Saya masukkan tarikh pergi. Saya masukkan tarikh balik. Dan kelik butang “SEARCH”.

Tiba-tiba, keajaiban berlaku. Harga tiket kembali kepada RM39.90. Tanpa berlengah, saya terus beli. Tak mahu kejadian yang sama berulang. Bayaran saya buat. Itinerary sudah saya terima melalui e-mail. Sehinggalah bila saya menyemak semula itinerary saya di bahagian “My Bookings”.

Date: 31st January 2011

Going out: Depart Penang (PEN) at **:** and arrive in Subang (Kuala Lumpur) (SZB) at **:**

Date: 5th February 2011

Coming back: Depart Subang (Kuala Lumpur) (SZB) at **:** and arrive in Penang (PEN) at **:**

Apakah???!! Rasa macham baru disambar petirrrrrrrrrr!! Peluh jantan rasa menitik. Darah menyerbu ke muka. Jantung berdegup kencang.

  1. Habislah! Tak pasal kena belik tiket lain. Ye ye je kata nak jimat. Skali..amek kau! Rasakan!!
  2. Matiklah! Musti kena tembak dengan ‘bos besar’.

Cepat-cepat saya dail 03-7845 4543. Seboleh-boleh saya cuba mengawal suara. Saya jelaskan duduk hal sebenar yang saya sudah tertukar tarikh dan departure/arrival.

“Nasib baik Cik telefon kami cepat. Kami akan bantu Cik.”

“Ada apa-apa cas tambahan untuk penukaran?”

“Tiada, Cik. Cuma Cik kena tambah harga tiket sebab harga tiket yang Cik beli RM39.90. Harga tiket yang nak ditukar ni RM79.90. Okey, ke?”

TIADAAAAA!! TIADA CAS TAMBAHAN SEBAB TUKAR TARIKH!! Kalau AA, aci kerat jari kelingking, musti kena extra charge punya!!

“Okey, saya setuju.”

Akhirnya, saya dapat tiket yang mahal jugak T__________________T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s