Kota Kinabalu [part 2]

Salut Seafood Restaurant

Selepas selesai sesi lawatan sambil belajar ke Monsopiad Cultural Village, perut sudah berbunyi-bunyi. Haripun hampir gelap. Di sini, matahari tenggelam lebih cepat berbanding di Semenanjung. Maghrib awal sejam gitu.

Untuk makan malam kami yang pertama di sini, Abang Alfian bawak kami ke Salut Seafood Restaurant, Jalan Sulaman. Lebih kurang 20-30 minit dari bandar KK. Tapi disebabkan kitaorang salah jalan, memang berpusing-pusing makan anginlah jawabnya. Sampai ke markas Tentera Laut, yang simpan kapal selam tuuuu. Hahaha, siap tanya jalan kat abam tentera tahu?

Nampak jugak simpang ke Karambunai. Saya pandangggggg tak lepas. Menantikan dengan sabar saat dan ketika untuk jejakkan kaki ke sana.

Di Restoran Salut ni memang banyak pilihan makanan laut yang semuanya segar-segar belaka!! Tengok dengan mata kepala sendiri udang melompat-lompat bila disauk dengan jaring.

Perut yang sememangnya dah lapar dan bilamana dihidangkan dengan makanan yang begitu menyelerakan, semuanya bagaikan piranha. Serius sangat sedap!

Butter Prawn

.

Ropa macham siput babi tapi bukan. Gua belasah jek

.

Soft shell crab. Terbaek!! Amek sekilo pun musti licin! Apasal ntah hewan ni sedap sangat??!!

.

Ikan masak 3 rasa. Ikan apa taktau. Tapi dia cakap ikan merah

.

The Aftermath

.

Lepas makan  malam, kami pulang semula ke bandar KK. Jalan-jalan di kawasan sekitarnya. Ada macham night market di sini. Banyak perhiasan seperti mutiara dan manik, cenderamata dan pakaian.

END OF DAY 1

.

DAY 2

Pulau Mamutik & Pulau Manukan

Oleh kerana cuaca yang tidak begitu baik, kami dinasihatkan untuk pergi ke 2 buah pulau sahaja iaitu Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Untuk pakej ini, RM30 (bot + life jacket + snorkeling mask) + RM7.20 (jetty tax). Tambahan RM3 perlu dibayar untuk masuk ke Taman Tunku Abdul Rahman. Kena ask around untuk pakej ni. Ada kaunter yang agak mahal sikit.

Kalau mahukan flippers, tambah lagi RM5. Kalau ada snorkeling mask, tak payahlah sewa. So, dah jimat RM5 kat situ. Kalau taknak life jacket, tak payah bayar RM5. Macham Apek, dia dah ada snorkeling mask dan dia taknak life jacket. Jadi dia cuma perlu bayar RM20 (bot) + RM7.20 (jetty tax) + RM3 (Taman Tunku Abdul Rahman). Oh ya, untuk island trip & package ni, kena pergi ke Jesselton Point. Naik bot pun dari sana.

Lagi banyak pulau yang mau pergi, bayaran lebih tinggi. Ada pakej yang pergi ke 3 pulau, 4 pulau, malahan 5 pulau pun ada. Ada jugak pakej dengan BBQ. Terpulang pada masing-masing, ya!

Laut memang agak bergelora. Naik bot pun rasa melambung-lambung. Macham naik roller-coaster. Punggung dan belakang memang sakit tahap tak hengat. Tapi seronok.

Dalam perjalan pulang ke Jesselton Point, dari kejauhan sayup-sayup  kelihatan Gunung Kinabalu. Memang BESARRRRRR punya! Dia punya ketinggian tu macham 2 kali ganda bukit yang melindungi dia tu..

Dinner di Jesselton Point sambil menghayati pemandangan matahari terbenam di ufuk Barat

.


Aktiviti malamnya.. berkaraoke di K-Box, Karamunsing. Erk.. I am not a singing type of person. Malu gitu. Suara saya tak sodap. I prefer dancing😉

Tapi nyanyi gaklah satu lagu.

Memang kitaorang semua pergi karaoke dengan baju yang sama dari pulau. Dengan tak mandi, dengan tak bilas badan. Terbaekkkk. Orang tengokpun pelik semacam.

Apa nak heran? Namapun pelancong. Ngeh ngeh ngeh.

END OF DAY 2

.

Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s