Kota Kinabalu [part 1]

Hola peeps!! Yes, yes, yes..saya baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal KK. Padahal dah masuk 2 minggu punya cerita tuuu.

Seperti mana kebiasaannya, bila saya menceceh pasal vacay..haruslah panjang berjela sampai ke kaki. Semua benda kalau boleh saya nak ceritakan di sini. Sayang rasanya kalau tertinggal kat mana-mana. So, just bear with me lah kalau cerita panjang berjela.

Sorry Inchey K, I pun tak pasti berapa banyak part kali ni. Diharap anda dapat bersabar dengan saya ya!

Let’s start!!

.

DAY 1

Sebelum Subuh lagi saya dah bangun. Pukul 3 dah berkumpul. Maklumlah, flight ke sana jam 6.50 pagi. Memang tak pernah saya naik flight seawal tu selama ni. Tapi disebabkan oleh terlalu sexcited, memang tak terasa mengantuk dan tak terasa letihnya.

Perginya kali ini berlima sahaja. Masing-masing dengan bag pack. Maklumlah, feeling-feeling bag packers.

Perjalanan dari KUL-BKI mengambil masa 2 jam setengah. Bila sudah menghampiri kepulauan Borneo itu, hati sangat teruja. Melihatkan pantai dan muka buminya dari atas pesawat begitu menggamit hati…

Dan akhirnya, saya berjaya menjejakkan kaki ke sana.

Sepanjang 4D3N, kami semua menetap di Promonade Apartments. Untuk hero-hero Malaya, biliknya memang seluas-luas alam. Dan untuk kami berdua, Studio Suite kami punya dapur yang dilengkapkan sekali. Siap dengan kuali dan belanga. Cuma kami tak pernah guna. Hanya terbiar di situ sebagai perhiasan semata-mata.

Bilik hero-hero

.

Bilik memang selesa dengan harga yang berpatutan. Lokasipun bagus sebab terletak kat tengah-tengah bandar. Dan kami bertuah kerana Abang Alfian dah uruskan segalanya di sana. Dari penginapan, transportation sampailah kepada pengisian. Terima kasih, Abang Alfian.

.

Monsopiad Cultural Village

Destinasi pertama kami adalah Monsopiad Cultural Village. Saya tak punya informasi berkenaan siapakah Monsopiad sebenarnya. Berharap akan kutip sedikit pengetahuan di sana.

Monsipiad Cultural Village ini terletak agak jauh ke dalam. Dan kalau mencari papan tanda, silalah ikut jalan yang menghala ke Putatan.

Yuran masuk yang dikenakan adalah RM45 seorang.

Sepanjang masa di sana, seorang tour guide menemani kami dan menerangkan perihal Monsopiad. Barulah kemudiannya saya tahu siapakah pahlawan ‘Headhunter’ Bumi Di Bawah Bayu ini.

Ini semua adalah tengkorak sebenar

.

Lakonan semula; Bobohizan sedang menjalankan ritual

.

Pakaian lengkap Bobohizan apabila menjalankan ritual

.

Bobohizan adalah merupakan gelaran kepada bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun.

Pasu-pasu dari China ini dijadikan sebagai mas kahwin pada masa dahulu

.


Tangkob; Tempat penyimpanan dan pemprosesan Tuak

.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Tuak

.

3 jenis Tuak dengan perisa yang berbeza-beza. Tapi kita tak leh minum, ye!

.

Setelah mengelilingi kawasan kampung, kami seterusnya dibawa ke Cultural Show. Hati sangat teruja. Memang tak sabar. Lebih-lebih lagi bila Abang Alfian beritahu yang penonton akan dipanggil ke atas pentas untuk cuba menari tarian yang dipersembahkan.

Persembahan dimulakan dengan alunan muzik pelbagai kaum di Sabah. Pemain muzik bermain dari pelantar yang terletak di bahagian atas, dekat dengan bumbung.

Tarian ini diberi nama Tarian Sumazau. Selepas tarian ini dipersembahkan, memang semua penonton dijemput untuk naik ke pentas dan menari bersama-sama penari.

Memang sangat seronok!! Tariannya tidak susah. Gerak langkahnya begitu mudah diikuti walaupun tidak pernah menarikannya sebelum ini.

Tarian kedua ini agak sukar sedikit kerana gerak kakinya agak rumit. Tapi penonton tidak dijemput untuk menari bersama-sama. Kalau tidak, mungkin kami semua akan nampak seperti robot di atas pentas. Menari macham tongkol kayu T_______T

Persembahan seterusnya adalah daripada penari solo lelaki ini. Beliau membuat aksi-aksi menyumpit, sambil menari-nari.

Sumpit bang, sumpit!

.

Dan persembahan mereka yang terakhir..

Ya! Tarian ini.. Tarian Magunatip.

Yang ini paling saya nanti-nantikan!! Sebab masa saya kecil dulu, Alang ajar saya menari tarian ni. Tapi kitaorang tak guna buluh. Mana  nak carik buluh tengah-tengah bandar? Jadinya, dia improvised dengan menjadikan batang penyapu dan batang mop sebagai buluh.

Untuk Tarian Magunatip yang dipersembahkan ini, susunatur buluhnya adalah selari. 4 orang penari akan memegang buluh di kedua-dua hujung batang buluh itu.

Ada jugak yang susun atur buluhnya begini..

*Googled*

.

Batang buluh akan disilangkan menjadi seperti empat segi sama. Penari biasanya akan bergerak dan menari-nari dalam pusingan bulatan sambil kakinya akan melalui buluh-buluh yang dilagakan itu.

Sumpah! Tarian ni memang sangat memukau. Buluh tu bukannya dilagakan lambat-lambat tapi laju gila!! Dan penari pulak slumber badak je menarik ikut rentak buluh tu. Sangat terel sebab kaki tak tersepit pun.

Penari yang chantek dan putih gebu gebu gebu

.

Gagah!! Gagah!! Gagah perkasa!!

.

Paling terel dia ni. Sebab??!! SEBAB DIA MENARI LAJU-LAJU-LAJU-SANGAT LAJU DENGAN BLINDFOLDED!!! T________________T

Tabik spring sama dia.

Tapi sungguhlah.. Kaki semua penari ni berotot. Mungkin sebab berlatih hari-hari. Tsk.

Yeah..!! Saya memang bersungguh-sungguh ikut tarian ni bila diajar. Sampai Abam Nazim dan Apek musyikil kenapa Kak By dan saya sungguh-sungguh ikut sekali. Tengok, berdiri paling depan, paling dekat dengan penari tuuuu.

Tapi kaki tersepit jugak. Takpe, demi pengalaman.

Keseluruhan persembahan mengambil masa selama hampir satu jam.

Phewwww.. Kalaulah ke Sabah, memang patut pergi ke persembahan kebudayaan macham ni. Kalau tidak, kita takkan dapat merasainya dan melihat dengan mata sendiri tentang budaya di tempat tu. Bayar RM45 pun saya tak menyesal.

Saya takkan lupakan pengalaman di sini.

Untuk informasi yang lebih lanjut, boleh ke laman web Monsopiad Cultural Village.

Di jambatan gantung yang hanya boleh menampung 6 orang pada suatu-suatu masa

.

Bersambung…

2 thoughts on “Kota Kinabalu [part 1]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s