Hakim yang menghakimi tanpa penghakiman daripada hakim yang adil

Lepas habis UPSR, saya dapat offer dari SGGS. Untuk batch saya, cuma 2 orang je yang dapat masuk ke sana. Yang lain semuanya bawak haluan masing-masing. Memang terus lost contact. Kemudian masuk matrik, pastu sambung belajar kat UKM. Masa belajar kat kampus, semua orang ada akaun Friendster.

Maka ramailah kawan-kawan lama dari sekolah rendah yang add sana add sini. Dan bilamana Weeda ada je dalam friendlist, makan berduyun-duyunlah budak-budak sekolah lama yang turut add.

Takpe. Saya accept. Dah namapun Friendster. Nak dekatkan mana yang jauh. Boleh catch up dengan kawan-kawan yang dah terputus hubungan. Boleh stalk dan tengok-tengok gambar. Boleh belek satu per satu. Boleh tau dah ada pakwe/makwe ke belum. Boleh tau dah putus ke belum atau masih carik pengganti. Tak gitu?

Dan adalah hamba Allah sorang ni. Namanya J. J adalah seorang lelaki. Saya pernah satu kelas dengan si J ni masa darjah 4. Dia add saya masa saya di tahun ke-2, sem-2. Tengah praktikal kat Agilent Technologies masa tu.

Hari pertama sembang kat Y!M. Masih mengamalkan piawaian biasa dalam permulaan untuk bersembang. Tapi kalau dah namanya kawan, soklan-soklan standard seperti..

“Sekarang buat apa?”

“Belajar lagi? Ke dah keje”

Kalau jawapan saya masih belajar lagi..

“Belajar kat mana?”

Kalau jawapan saya dah bekerja..

“Keje kat mana?”

“Keje sebagai apa?”

“Kat company mana?”

Dan soklan-soklan susulan..

“Sekarang duk kat mana?”

“Boyfriend sihat?”

Hari ke-2 bersembang, J dah tukar mode. Bukan lagi mengikut piawaian biasa. Tapi dah mula bagi mukadimah..

“Duk kat KL skang dah pandai pakai sexy. Dah pakai skirt.”

“Kenapa tak nak pakai tudung?”

Untuk soklan pertama, saya tak jawab. Sebab pada saya, bukan faktor KL yang menyebabkan saya dah pandai pakai sexy. Dah pandai pakai skirt. Memang saya dah pakai begitu sejak saya di Penang lagi. Sejak dari sekolah menengah. Saya ulang, Penang. Bukan KL. Bangi tu KL ke? Pfftt..

Mungkin sebab dia tak pernah terserempak dengan saya, atau mengetahui cara hidup saya..maka J buat andaian bahawa saya mula berubah sejak tinggal di KL.

Untuk soklan ke-2, saya jawab terus terang. Betul, saya tak pakai tudung. Tapi kalau saya nak pakai tudung, biarlah dari hati yang ikhlas. Bukan sekadar menutup kepala sedangkan pakaian saya tidak mencerminkan imej bertudung yang saya bawa.

Tau dia jawab apa?

“Kalau dah salah tu, salah je lah. Mengaku je lah. Tak payahlah nak bagi alasan macam-macam!”

J dan saya masih di darjah 4 tidaklah pernah bersembang rapat. Nak nak pulak J ni pendiam. Saya pulak Ketua Darjah yang memanjang dengan muka ketat.

Dalam situasi ini, saya agak terpempan. Setelah kurang lebih 10 tahun tak tahu menahu hal masing-masing, dan tak pernah berbual mesra, tak semena-mena saya diadili sebegitu.

Ya, dia sekadar menegur. Dah jadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menegur dan mengingatkan antara satu sama lain. Tapi wajarkah dengan cara begitu? Adakah menegur dengan cara kasar dan sarkastik itu dirasakan mampu seseorang itu untuk berubah?

Rasulullah nak sampaikan dakwah pun dengan cara yang paling lembut.

Kalau orang yang jenis boleh terima teguran sebegitu, Alhamdulillah. Tapi kalau orang yang jenis rebellious? Lagi orang tegur kasar, dia buat lagi teruk.

Nak tegur tu boleh. Tapi biarlah kena dengan cara.

Kisah yang sama. Cuma medium berlainan. Bukan dari FS, tapi FB. Dan bilamana Weeda ada je dalam friendlist, makan berduyun-duyunlah budak-budak sekolah lama yang turut add.

Ya, dia juga dari sekolah rendah saya.

Saya accept. Dah namapun Facebook. Nak dekatkan mana yang jauh. Boleh catch up dengan kawan-kawan yang dah terputus hubungan. Boleh stalk dan tengok-tengok gambar. Boleh belek satu per satu. Boleh tau dah ada pakwe/makwe ke belum. Boleh tau dah putus ke belum atau masih carik pengganti. Dah tunang ke? Dah kawen ke? Dah ada anak ke? Tak gitu?

Masalah besar tau bercakap dengan orang-orang yang mentalitinya begini. Kalau saya bercakap dalam Bahasa Inggeris, mulalah nak julingkan mata. Kemudian peril-perli. Cakap English kena perli, kalau tak cakap loghat Penang pun kena perli. Yeap, you heard me right! Saya pernah kena sedas masa sekolah dulu. Sebabnya?

Saya tak cakap dalam loghat Penang. Being me yang baru berpindah dari Pahang, saya bercakap dengan loghat ‘saye’ instead of ‘saya’, ‘awak’ instead of ‘ampa/hang’, ‘diaorang’ instead of ‘depa’, ‘mane’ instead of ‘mana’, ‘kenape’ instead of ‘awat’, ‘air’ instead of ‘ayaq’, ‘toilet’ instead of ‘panchoq’.

“Duk Penang, cakap Penang. Toksah nak cakap KL.” T__________T

Kalau tak dilayan, dikatakannya sombong. Tapi kalau dah dilayan, ini pulak jadiknya. Sudahnya, makan hati sendiri.

Pakai sexy, tak pakai tudung..ni semua isu yang takkan sudah dipersoalkan. Even suatu hari nanti saya dah kahwin dan masih tak bertudung, mesti akan ada suara-suara yang mempertikaikan husband saya yang tak menyuruh saya bertudung.

Cuba kalau diaorang-diaorang ni dapat tahu pulak Mr.K bukan Melayu. Mampos nanti saya kena camdek [read: perli].

“Awat? Takdak laki Melayu dah ka yang nak kat hang?”

“Patutlah jadik lagu tu. Duk kawan dengan kafir.”

Eh.. tu contohlah. CONTOH.

9 thoughts on “Hakim yang menghakimi tanpa penghakiman daripada hakim yang adil

  1. fuhhhhhhhhhhhh! 12 tahun tak jumpa. 2-2 ekoq tu dok ceruk kampung melayu, 12 tahun tak pernah contact. 12 tahun tak pernah berkawan. tiba2 datang depan2,terus nak buat issue. dasyat lah orang sekarang ni. haha kesian depa naaa.

    tp aku lg meluat dengan ayat2 si I tu. grrrrrrr!

  2. hoihhhhh sapa si J itu??!! tercemar imej huruf J..

    pasal xckp dlm loghat penang tuh, saya kene sound jugak kamo!!! hahahaha.. kita serupaaa.. ayat pon sama, siap kene pulau lagik, yg bezanya cuma saya xpenah cuba beralih bahasa saya kepada bahasa utara maintain dengan bahasa selatan;D

  3. ::miaaahahaha..im surprised with how ppl feel n …(duhhh)..think dey ave right 2 say such tings…mcm kwn u yonna chakap tu, da bbelas taun x jmpa, tiba2 ble sound gitu kan..berani sungguh.

    x chakap loghat utagha pong kne sound tepek ? siriesly ? hadoi…kesian u IZ..tsk,tsk,tsk…

    • yeah! they think they know me well kot! there are some people yang suka sangat menegur, semua orang tak kena kat mata dia. tapi bila dia kena tegur, terus berang. dia je lah yang betul. so i tanak buang masa dengan orang macham ni.

      yeap za, tak cakap utagha pun kena sound tepek. haha..macham2 la manusia ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s