12:40

Dear Diary,

Malam kelmarin saya makan supper dengan Mr.K di restoran McDonald’s Kuchai Lama. Mr.K makan set Chicken Mc Deluxe (L), manakala saya pula Chicken Porridge (L). Sungguh sedap French Fries di McD. Lebih-lebih lagi saya cilok Mr.K punya. Mr.K sangat seronok menggoncang Spicy Shaker Fries. Tapi saya tak suka, terlalu banyak MSG. Saya suka French Fries yang tabur garam sahaja. Syorga!

12:40 pagi. Kami selesai makan di sana. Walaupun sudah lewat, Diary..tapi di situ masih sesak. Banyak kereta yang datang dan pergi. Ada yang kereta yang terpaksa double parking sebab kawasan parking tidak mencukupi.

Saya jalan beriringan dengan Mr.K. Di belah kiri saya, dua buah kereta dengan pemandu di dalamnya sedang menunggu parking. Tiba-tiba, datang sebuah kereta dari arah belakang saya. Di hadapan saya punya satu petak kosong. Mungkin dia mahu parking di situ.

Saya masih jalan dengan langkah lemah gemalai saya. Tapi, Mr.K mengarahkan saya supaya jalan dengan lebih pantas, Diary. Saya rasa geram! Perut penuh mana boleh jalan laju-laju. Nanti cramp😉

“Machamlah derang tak nampak I tengah jalan ni. Derang tak langgarnya punggung I!”

“You never know! It’s 12:40. Who knows if they drunk? ”

Dan beliau cepat-cepat menggerakkan langkah dan memimpin tangan saya ke arah kereta.

Sayang rupanya beliau kepada saya..

-iZZie-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s