kalau dikenang meracun diri (bila saya OVER THINK)

Pernah tak bila awak dalam keadaan kecewa, sedih dan murung..awak mengaitkan semua peristiwa-peristiwa yang lepas dengan situasi terkini? Habis semua ingatan tu awak rungkai satu persatu, kemudian awak buat konklusi sendiri yang mana tak ubah seperti menabur garam ke luka, pastu perah air asam limau..perghhh, kesannya boleh membawa mati kerana menanggung kesakitan yang teramat!

Contoh yang paling senang dan paling remeh..

Mr.K batalkan percutian ke Jogjakarta/Langkawi.

Remeh ke? Tak remeh ye. Tetap mengundang hiba di hati. Macham kes Jogja/Langkawi, tarikh pemergian ke sana tu memang dipilih oleh beliau. BUKAN SAYA. Sebab apa beliau yang buat pilihan? Sebab takut clash dengan jadual kerja beliau yang padat, penuh dan sendat. Jadi, priority kita berikan kepada beliau. Jadual saya? Takpelah, tak kisah. Saya boleh berkrompomi mai tang jadual tu.

TAPI, bila dia kensel last-last minute..hangin mai satu badan jugak ada. Macham kes Jogja, beliau TERLUPA yang kawan dia kahwin pada tarikh tu. Dan beliau tak boleh elak sebab beliau adalah best man. Kes Langkawi? Sebab dia ada meeting. Pfftt.

Bila dah kensel..boleh tengok macham mana saya punya muncung bertukar jadik sedepa. Apa tidaknya, masa tu bukan setakat merasa kecewa disebabkan memikirkan pembatalan sahaja, tapi otak bekerja lebih masa dengan mengumpulkan segala bukti-bukti kejadian yang sama seperti ini. Apa yang dia buat, apa yang dia cakap..semua nampak begitu jelas. Macham ada tayangan percuma di depan mata.

Berapa banyak kompromi yang sudah saya terpaksa telan sebelum ni apabila beliau membatalkan date kerana hal-hal yang lainnya. Saya pantang orang berjanji tapi lambat. Dan paling pantang bila saya sudah berjam-jam menunggu dengan bersiap mengalahkan pengantin, bertukar menjadi suatu kerja yang sia-sia.

Rasa macham selalu sangat beliau take me for granted. Rasa macham tak dihargai. Rasa macham sangat useless. Rasa sangatttt.. sangatttttt down.

Pastu saya sedih sorang-sorang. Makan makan makan. Telefonpun saya taknak angkat. Tunjuk perasaan. Kadang-kadang saya jadi kejam..saya akan menyakitkan hati beliau dengan kata-kata dan perbuatan bila saya rasa disakiti. Emo! Rasa macham nak lempang diri sendiri sebab perangai macham harammmmm.

Tapi tu lah dia perangai saya. Sebab saya tahu, dia akan pujuk. Tapi selalunya saya pujuk diri sendiri. Sendiri carik pasal, sendiri tanggung.

Dan memang saya lebih banyak mengingati peristiwa pahit dari yang manis.

3 thoughts on “kalau dikenang meracun diri (bila saya OVER THINK)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s