Conjunctivitis

Malam kelmarin, gigih tengok America’s Next Top Model Cycle 14 walaupun mata terasa kelat-kelat. Pelik jugak, sebab baru pukul 8 pm. Mengantukkah? Tapi yang rasa kelat-kelat tu sebelah mata je. Sebelah lagi tak rasa apa-apa.

Habis je tengok tv, masuk bilik air. Konon nak tido. Cabutlah contact lense. Tapi rasa macham aneh sikit. Rasa mata belah kanan tu pedih. Dah genyeh, kotlah ada benda partikel-partikel kecil ke, bulu mata ke kat dalam mata tu kan. Tapi duk jugak rasa sakit.

Terus buat eye irrigation. Dah curah sebotol eye saline, duk lagu tu jugak. Jalan terakhir, tido! Dan berharap esok paginya akan kembali pulih seperti sediakala.

NOT!

Lagi teruk. Mata tak boleh bukak. Menyucuk-nyucuk. Denyut-denyut. Rasa panas. Air mata mencurah-curah walaupun tak rasa sedih T____T.

Tengah hari baru pergi jumpa doktor. Nasib baik orang tak ramai. Tapi doktor kesayangan takdak. Doktor yang tak berapa nak sayang ada. Berceritalah saya panjang lebar pasal mata yang sebelah tu. Lepas dia check ala kadar, dia cakap mata saya ni conjunctivitis.

Udahlah dia check ala kadar, MC yang saya dapat semalam tu pun sebab mintak. Kalau tak mintak, tak dapekkkkk. Oh doktor, tahukah anda bahawasanya mata ini tak leh nak bukak sebab sakit? Terkena panahan cahaya matahari pun terasa bisa, inikan pula kalau terkena cahaya daripada laptop di office (alasan seorang pemalas yang sebenarnya memang nak cuti)..

Ohhh..ohhh.. Sebut pasal conjunctivitis, terus teringat kat kawan saya yang dia tak tahu saya panggil dia Dr. Vios. Selalu pesan kat saya jangan simpan kencing, kena rajin-rajin pergi kencing (saya jenis malas nak bangun pergi toilet). Sebab kencing bagus untuk bacterial clearance. Pernah saya kena marah sebab pakai contact lense yang dah expired masa kat kampus dulu. Dapatlah ceramah free pasal conjunctivitis dari dia.

Ingat pasal conjunctivitis, ingat kat Dr. Vios. Apatah lagi hari ni harijadi beliau. Untuk doktor yang paling comel pernah saya jumpa..Selamat Hari Tua!!

4 thoughts on “Conjunctivitis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s