barang yang lepas hai jangan dikenang

Dari segi psikologinya, mengingati kenangan manis akan membantu  seseorang itu mempunyai emosi yang stabil, menjadi lebih ceria dan secara tidak langsung turut mempunyai badan yang sihat. Apabila hati senang, jelas terpancar kebahagiaan dan keceriaan itu.

Lain pula halnya apabila seseorang itu sering mengingati kenangan pahit atau peristiwa yang mengecewakan. Apabila sering berkeadaan begini, menjadikan sesorang itu cenderung untuk berada dalam situasi seperti kemurungan, stress, marah, sedih dan muram. Ini sedikit sebanyak, akan mengganggu kehidupan kita sehari-hari.

Kalau selalu marah-marah, nanti muka cepat berkedut. Kalau hati selalu risau dan sedih, nanti muka cepat tua. Pernah dengar bahawa stress turut menyumbang kepada kegemukan?

Tapi, susah untuk sentiasa berfikiran positif ni. Dan selalunya, kenangan manis akan cepat aja dilupakan. Lain pulak halnya dengan kenangan pahit. Benda yang dah berlalu 10 tahun lepas pun, boleh ingat satu-satu. Boleh ingat dengan terperinci! Silap-silap, ingat sampai mati.

Kalau sentiasa mengingati peristiwa pahit tu, bukan bermaksud taknak forgive and forget (I can forgive, but not forget), bukan bermaksud taknak bury the hatchet, bukan bermaksud nak berdendam.

Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Dan semestinya, luka di hati tu perlukan masa untuk sembuh. Bukan sembuh semalaman. Mungkin berbulan, mungkin bertahun. Kalaupun sembuh, parutnya masih ada. Jelas kelihatan.

5 thoughts on “barang yang lepas hai jangan dikenang

    • inilah gaya bahasa dan cara penulisan saya. inilah trademark saya. tu pun nasib baik tak masukkan jarak dua jari pada setiap perenggan! hahahaha😉

  1. Pingback: kalau dikenang meracun diri (bila saya OVER THINK) « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s