Tahun ke-6..

Dear Diary,

Pejam-celik-pejam-celik, semalam genap 6 tahun saya bersama-sama Mr.K. 6 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Terlalu banyak kenangan selama 6 tahun itu. Manis, pahit, masam, kelat. Semuanya ada.. Dan semuanya terpahat dalam memori.

6 Tahun dahulu, saya masih keanak-anakan (sekarang pun!) apabila mengenalinya. Comot (sekarang pun!).

Masih saya ingat. Ketika itu saya di Penang, dan dia di KL. Medium komunikasi kami hanyalah telefon dan internet. Bersua muka hanyalah sebulan sekali apabila dia datang ke Penang. Akan diperuntukkan sehari dalam sebulan itu untuk berjumpa saya. Lazimnya pada hari Sabtu.

Lalu keluarlah dia dari rumah seawal pagi untuk memandu dari sana. Berjumpa hanya sekejapan. Apabila hari menginjak ke petang, beransurlah dia pulang.

Tahun ini, pada tarikh 3 Oktober dia berpemergian jauh ke Bangkok. Meninggalkan saya sendirian di Tanah Melayu dengan penuh pengharapan menantikan kepulangannya.

Selama 6 tahun ini juga, saya belajar. Belajar untuk mengenali. Belajar untuk memahami. Dan apa yang saya perhatikan, kadangkala..perkelahian dan pergaduhan bukan berpunca daripada pasangan itu sahaja tetapi kerana orang di sekelilingnya. Perkelahian dan pergaduhan yang bisa membawa kepada perpisahan.

Dan saya sering diasak dengan soalan yang merobek hati. 2 tahun lepas, pernah saya ditanya bagaimanakah saya dan dia mampu bertahan selama 4 tahun? Adakah kerana Mr.K memberikan apa sahaja yang saya mahukan?

Bukan wang ringgit yang dipertaruhkan. Bukan harta yang menjadi ukuran. Tetapi di mata mereka begitu mudah menghakimi tanpa usul periksa. Begitu singkat akal sejengkal mereka.

Sukarkah untuk menerima kenyataan andai saya katakan bahawa kerna hati saya tertawan? Kerna kesetiaan dan persefahaman? Kerna kesabaran dan bukan paras menawan?

“I am growing old with you.” – Mr.K

“I am growing up with you.” – Izzie

-iZZie-

10 thoughts on “Tahun ke-6..

  1. phewwitttttttttttttttt! 6 tahun. lama. kalau ada anak,masuk tadika dah tapi sampai mati pun kita kena belajar mencintai pasangan kita (meremang bulu roma sebut ayat ni HAHAHA)

    more years to come,dear! semoga semuanya happy ending untuk anda! *hugsss*

  2. “I am growing old with you.” – Mr.K

    “I am growing up with you.” – Izzie

    ohhh~ tacing macing..wish u guys will grow up., grow old n grow stronger than eva !!

    *saya jadi enselgretel lagi…*

    owh, x sapai sebulan lg menginjak ke angka 7 !! semuga kuat juduh kamuk bduaa !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s