Depa kata..

Kawan saya cakap, SENYUM. Tak kiralah dalam situasi apa sekalipun, pastikan kita sentiasa dalam keadaan tersenyum. Marah, geram, sakit hati, kecewa –senyum.

Senyum seindah suria, yang membawa cahya

Senyumlah dari hati, dunia pun berseri.

Sebab senyum adalah suatu penawar. Senyum tu awet muda. Kalau kita tengah marah dan bermasam muka, itu suatu kekalahan buat kita. Kita kalah dengan emosi.

Oleh itu, senyumlah sentiasa.

.

Miss Sabina cakap,

“Never tell your problems to anyone…20% don’t care and the other 80% are glad you have them.”

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Hati manusia ni tak terjangka. Memang ada manusia yang sakit hati bila tengok orang lain lebih daripada dia. Dan ada jugak manusia yang bertepuk tangan bila dengan orang dalam kesusahan.

Beringatlah apabila kita mau meluahkan perasaan.

.

Mak cakap kalau nanti dah kahwin, jangan sesekali berhenti kerja. Kerja tu suatu jaminan untuk keluarga, untuk diri sendiri, dan yang paling penting untuk anak-anak.

Memanglah kalau diikutkan, jadik housewife lagi tenteram hidup. Tak payah nak risau kalau anak hantar kat nursery orang jaga elok ke tak. Makan-pakai suami dan anak-anak terjaga. Pendek kata, hidup tak risau 24/7.

Tapi, kalaulah ditakdirkan Allah..sesuatu yang buruk terjadi kepada suami. Kalaulah bercerai hidup ataupun mati (nauzubillah min zalik), kepada siapa anak-anak nak bergantung kalau ibunya tak bekerja?

.

Saya tak kata apa, cuma dengar dan angguk sahaja. Dengar dan tanam dalam hati sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s