SSS (Sedang Syok Sendiri)

Dear Diary,

Sejak dua menjak ni..saya punya tabiat baru iaitu membaca belog saya sendiri sebelum tidur. Sebelum dapat melelapkan mata, akan saya baca penulisan-penulisan saya yang sebelumnya.

Bila dibaca-baca semula, kadang-kadang saya pun tak teringat bilakah kejadian itu berlaku? Bagaimanakah ianya berlaku? Apakah perasaan saya ketika itu? Kemudian saya baca lagi. Dan saya cuba ingati.

Dan ingatan itu kembali menerjah ke dalam kotak memori saya.

Tanpa disedari, belog ini membantu saya mengingati setiap peristiwa yang terjadi. Merakamkan setiap kenangan bersama-sama teman dan famili. Juga bersama-sama insan yang dikasihi.

Mungkin 5 tahun akan datang, saya akan ketawa sendiri. Mungkin menangis sepi bila membaca kembali nukilan sendiri. Lucu, sedih, hiba, marah..semuanya ada.

Selain daripada mencoret perihal kehidupan sendiri, saya juga mahu pengisian belog ini dapat memberi sekelumit pengetahuan kepada mereka di luar sana. Yang membaca, yang mencela, yang mempersenda dan yang mentertawa. Mereka memeriahkan suasana. Baik yang meninggalkan jejak, mahupun tidak.

Kepada yang meninggalkan jejak..terima kasih kerana berkunjung. Yang tidak meninggalkan jejak..juga terima kasih kerana berkunjung. Tiadalah apa yang menarik di sini. Cuma si Pena Picisan yang menulis tanpa spesifikasi dan tidak berisi.

-iZZie-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s