BitTorrent (download tutorial)

Saya ni memang kaki download. Dah sampai tahap gian. Kadang-kadang tu, saya gigih nak jugak download movie, tak kisahlah apa-apa movie asalkan ada dalam toolbar BitTorrent tu. Padahal, langsung tak bersentuhpun. Saya rasa rugi woahhh dah bayar internet tapi tak guna pun. Kalau setakat surfing tu, apalah sangat. Surfing sampai lebam pun tak luak.

Masa pakai Celcom Broadband dulu, kan ke download limit tu 5GB per month kan. Masuk je hari ketiga dari tarikh billing cycle saya, speed limit saya dah kena cut-off. Tapi Celcom taklah kejam. Masih lagi dibenarkan surfing suma cuma slow la. Dan dalam speed yang macham siput tu, saya masih lagik men-download movie di Torrent.

Dan hari ni anak-anak, saya mahu memberi tutorial (khasnya kepada Weeda) bagaimanakah kita men-download movie/series/anime melalui BitTorrent.

Peringatan:

Mula-mula, perlu diingatkan bahawa kalau mahu menggunakan BitTorrent, perlu ada space yang besar untuk men-download. Hal ini adalah kerana, satu movie tu lazimnya saiz dia 700MB dan ke atas. Ada yang 1GB++ jugak. Jadik, kalau dah satu movie 700MB++, kalau simultaneously duk download 5 movies, berapakah jumlah space yang paling kurang perlu ada??

Size untuk download BitTorrent toolbar ni tak besar. Kecik je.

Kalau pakai Maxis, Celcom atau DiGi broadband untuk download BitTorrent..sila tanggung sendiri kelembapan bila nak surfing tu ya. Bandwidth memang kena telan kat BitTorrent je. Kalau tak sanggup, sila pause dulu semua downloading progress kat toolbar dan bolehlah surfing macam biasa. Lepas dah puas surfing, boleh resume semula downloading tu.

Langkah 1:

Okey, seterusnya..kita proceed kepada mendownload BitTorrent toolbar. Weeda, sila download di link ini: http://filehippo.com/download_utorrent/

Kelik kat “Download Latest Version” tu. Tengok saiz dia, 320KB (pada 26hb September). Tak besar mana pun.

Silalah save dalam PC anda. Bila dah siap download, sila install ye! Mudah bukan?

Langkah 2:

Baiklah, sekarang kita dah selesai dengan men-download BitTorrent toolbar. Kita tengok pula hasilnya selepas sofware dari FileHippo itu di-install-kan dalam PC anda.

Interface BitTorrent. Saya sedang men-download A Knight’s Tale. Harry Potter and The Half-Blood Prince tu saya stop-kan dulu sebab tak ada seeder. Bila tak ada seeder, download progress saya pun tak bergerak. Seeder memainkan peranan yang penting di sini.

Okey, beralih kita kepada settings untuk BitTorrent. Sila ke Options —> Preferences —> Directories. Di sini saya tukar lokasi untuk simpan file yang sedang dalam proses dan file yang sudah siap di-download secara berasingan. Dan kedua-duanya saya letakkan di dalam external hard disc saya.

Kalau letak lokasi untuk penyimpanan file beralamatkan di external disc anda, baik yang dalam progress ataupun yang sudah siap..anda tidak boleh run BitTorrent tanpa connect external hard disc anda itu, ya! Nanti keluar error.

Options —> Preferences —> Queueing. Di sini anda boleh tukar berapa banyak file yang anda mahu download dalam satu masa.

Oh ya. Saya memang download paling kurang 5 movies serentak. Terpulang pada cara masing-masing. Ada orang suka download 1-2 movies dalam satu-satu masa. Saya takkkkkk.. saya tamak haloba.

Langkah 3:

Bila dah installed BitTorrent toolbar ke dalam system anda. Ketepikan. Kita teruskan dengan usaha mencari movies/series yang dikehendaki.

Contoh-contoh site yang selalu saya terjah adalah;

http://www.axxomovies.org

http://www.isohunt.org

http://www.superfundo.com

Katakan nak download VD (tengok Weeda, memang ako tujukan entry ni khas untuk hang), saya pergi ke http://www.isohunt.com. Di situ, saya search dengan kata kunci; “Vampire Diaries”. Maka, keluarlah segala episode yang berkaitan dengan Vampire Diaries.

Kemudian, kelik kat salah satu link yang tersenarai tu mengikut citarasa anda. Dan seterusnya, download link tersebut.

Eh eh.. saya dah download VD. Jadiknya, saya tunjukkan contoh yang lain sahaja ya. Contoh saya download filem Inception.

Taip di bahagian “search” dengan kata kunci movies/series yang anda mahukan.

IsoHunt akan memaparkan kesemua senarai file yang berkaitan dengan kata kunci pencarian anda. Anda boleh pilih yang mana satu berkenan di hati. Column seperti “Age“; berapa lama file tersebut sudah di-upload, “Size”; saiz satu file, dan angka-angka di hujung itu adalah komen-komen daripada users boleh dijadikan sebagai rujukan anda.

Seterusnya, kelik pada bahagian yang sudah saya bulatkan dengan warna merah itu.

Bila dah kelik kat Download.torrent tu, akan keluar pop-up window seperti rajah di atas. Terus aja kelik butang “OK” dengan settings seperti di atas.

Otometikeli pop-up window dan interface dari BitTorrent akan keluar lepas dah kelik kat butang “OK” tadi. Kat sini dia cuma nak bagitau file mana yang akan kita download melalui BitTorrent ni. Macam saya, saya akan unchecked Check Box yang tak berkaitan macam file .txt, .jpg, Sample Folder, .info, etc. KECUALI video file untuk movie tu, tak kisahlah format apapun; .mpeg, .mp4, .avi ke apa, dan jugak file untuk subtitles; .srt, .ssa, .idx/.sub (kalau disertakan sekali).

Taddddaaaaaaaa!! Inception dah masuk dalam downloading list.

Kalau dah siap download tu, BitTorrent by default akan seeding movie tu untuk downloader yang lain pulak. Tapi selalunya saya akan stop-kan proses tu. Boleh terus tekan butang “Stop” sahaja. Tak ada masalah donia pun.

Untuk subtitle:

http://www.opensubtitles.org

http://www.podnapisi.com

Adakah entry ini membantu anda?

12 thoughts on “BitTorrent (download tutorial)

  1. wootttttttttttt! berjayaaaaaaaaaa! but the download speed slow laa :(( iskkk! guna IDM was not bad speed dia. err ada beza ke ha? hahaha

    ok2 thanksssssss! aku dok gila how i met yr mother pulak weh! awesome!

  2. aq ni bru nk bjinak2 blaja donlod muvi..aq ade donlod satu muvi neh gne uTorrent….lps da donlod,tak ley play lak muvi tuh..npe ek?codec ase nye da ade da…

  3. ::haha..izzie memang baek..knape laaa masa awal2 i nk bjinak ngan torrent dulu xde che’gu sebaek dan sesabar zie utk ngajo step by step ? naseb i berakal kanchil..pandai2 le try-error.. skang gne final torrent..link salu sedut dr piratebay..tp skang pirate bay da x ley bkak !! demm !!::

    (berjalan2 meninggalkan jejak di belog izzie smbil menunggu2 entree trbaru..)

    • pirate bay dah tak boleh, sumber lain kan ada?!
      isohunt ada, axxomovies pun ada

      eip, jangan nak saiko ai. sila tunggu sampai berjanggut untuk entry baru😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s