Aidilfitri 2010

Selepas bertahun-tahun, tahun ni raya yang agak berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Kerna tahun ini, sekeluarga dapat berhimpun bersama-sama.

Tok, Abah, Mak, Mak Cu, Abang, Angah, Alang, Apieq dan saya.

Tetapi sambutan raya kali ini sederhana sahaja. Maklumlah, ramai anak beranak yang sudah mula tidak pulang ke kampung selepas Tok Andak saya membuat keputusan untuk tinggal dengan anaknya di KL.

Malam Tujuh Likur, Abang sibuk pasang pelita minyak tanah seluruh rumah. Abah pulak bawak balik mercun. Apieqlah yang paling seronok dapat main. Mercun naga dam mercun telur habis kat dia sorang je. Seketul pun saya tak rasa. Tapi bila nak cucuh mercun yang besar macam malam sambutan Tahun Baru tu, menciput saya larik. Dah lama kot tak main mercun. Kecut pulak rasa.

Abah siap cucuh mercun yang dia guna untuk latihan. Bergegar satu kampung macam main meriam buluh. Erk..jangan tanya macam mana dapat semua mercun tu. *peace*

Satu-satunya bukti bergambar aksi bermaaf-maafan di pagi raya. Yang lain semua sibuk bersiap itu ini. Dan seperti biasa, tidak pernah ada family portrait T______T

Harapnya tahun depan Allah panjangkan umur Tok. Saya masih mau bersalaman di pagi raya dengan beliau.

Presenting..Abam saya tidak berbaju. Orang lain sibuk pakai baju Melayu, dia sibuk pakai baju kulit. Beliaulah yang gigi susu cuma pernah tercabut sebanyak 6 batang. Petua dia? Kalau berak jangan bercakap. Kalau bercakap, abis semua gigi luruh >.<

Abang Bobo! Tu gambar akak masa raya. Tapi akak tak kirim salam pun kat ko. Nyeh nyeh nyeh.

Ni bukan anak Alang. Budak pipi labuh ni anak kepada kupu-kupu [read: dua pupu] saya. Masa raya tu, Adam Arrayan ni baru je 4 bulan setengah tapi kusssss semangat. Tak larat nak dukung dia. Badan kejap sungguh! Nak nak pulak tengah galak nak melompat. Mulut dia kecikkkkkkk je. Hehehe.

Tahun ni masih mengekalkan rekod tidak membawa pulang apa-apa duit raya dari kampung. Terasa diri semakin tua bila langsung sanak saudara dah tak kasik duit raya. Kad raya lagiklah takde. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu..hari-hari dapat kad raya daripada kawan-kawan. Siap gantung lagik kad raya kat dinding rumah. Skang? Tsk..sedey! Tak feel owh anto sms/mms/email/e-card.

Kadang-kadang, cara lama tu sangat sentimental..tahu?

Walaupun raya tahun ni cukup semua anak-beranak keluarga saya..tapi masih rasa sayu dan hiba. Entahlah.. Moga tahun-tahun akan datang, Aidilfitri kami akan lebih ceria dan bermakna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s