tak tegur kang, kita makan hati. bila tegur kang, dia buat muka/menjawab..kita jugak yang makan hati lagi.

Sesetengah orang kan..memang susah nak terima teguran. Kalau ditegur, mula nak tarik muka. Takpun, ada jenis yang menjawab balik.

Eh..saya pun buat muka. Tapi dengan family dan orang yang rapat sahaja. Dan saya lebih suka berdiam diri.

Saya kan, memang jenis yang malas nak tegur orang. Seboleh-bolehnya akan cuba elak situasi tu. Sebab bukan semua orang suka ditegur. Nak nak lagi kalau yang lebih tua daripada saya. Tak kisahlah beza umur walau setahun pun. Kalau nak tegur budak lagi senang.

Saya lebih suka untuk cuba berikan contoh. Kalau saya rasa tak berkenan dengan sesuatu tabiat dia, saya tak terus tegur. Saya buat rutin tu dahulu.

Contoh: sinki dapur.

Saya geli kalau sinki dapur berkerak/berlendir. Sebab kat situlah kita nak sediakan makanan yang nak masuk dalam perut. Dari situlah nak jadik darah daging.

Kalau duduk di rumah sendiri, memang senang. Sebab kita kenal ahli keluarga kita sendiri. Kalau nak tegur, senang kira. Masalahnya kalau berkongsi rumah. Masing-masing menggunakan sinki. Tapi tak semua orang akan bersihkan sinki tu lepas digunakan. Kadang-kadang, macham take for granted sebab duk expect orang lain akan bersihkan lepas dia gunakan.

Bayangkan eh.. Awak nak guna sinki. Tiba-tiba bila jenguk kat dapur, nampak segala sisa meggi tomyam dalam tu berkerak dengan minyak, sekali dengan mee meggi tu. Kalau masak sambal tumis, sisa minyak tu bergelanggang dalam sinki. Mentang-mentanglah sinki tu tersumbat sikit, terus main campak je segala sisa makanan. Langsung takde inisiatif nak pam air tersumbat tu.

Kalau ye pun malas nak pam, apa salahnya asingkan sisa makanan dan buang dulu dalam plastik?

Bukan sekali dua saya bersihkan sinki yang ditinggalkan macham ni. Bukan sekali dua saya yang kena pam sinki tu, kemudian curah air panas sebab dah tersumbat teruk. Tapi tiap kali tu jugaklah, sinki akan tersumbat semula sebab orang yang menggunakan sinki tu langsung takde civic minded.

Paling best, orang-orang sekalian tu nampak je saya tersengguk-sengguk duk sental/pam sinki. Boleh plak tanya,

“Iz buat apa tu? Sinki tersumbat, eh?”

Masing-masing muka bukan main chantek. Pakai bukan main melawa. Tapi, kebersihan campak dalam laut. Tu belum cerita pasal jamban. Mau pengsan!

Orang yang macham ni yang payah nak ditunjuk ajar. Dah kita buat elok-elok, harapnya dia follow lah. Ini tidak. Lagi orang bersihkan, lagi naik lemak.

Gila pengotor, tahu?!

5 thoughts on “tak tegur kang, kita makan hati. bila tegur kang, dia buat muka/menjawab..kita jugak yang makan hati lagi.

  1. tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! hahaha. kalau kat rumah gagah lagi kann? boleh sound direct ja. tp bila duduk dengan org, kita nak tegoq pun msg2 dah besaq! takkan la sinki tersumbat terus buat taktau kan? takkan la punya pemalas sampai nak asingkan makanan pun tak boleh buattt? pemalas gilaaaaaaaaaaaaaaa! nak je hempuk org2 mcm tu. pastu kang bila dah tersumbat masing2 x mengaku! lagi mcm haram kan?

    perh.teringat balik kisah rumet busuk aku dulu hahaha

    • tu pasai lah wehhh..masing2 dah besaq, dah ada otak boleh pakai. menda yang share dengan orang lain ni patutnya kita lebih sensitif la untuk jaga kebersihan. sebab orang lain pun nak guna sama.

      ako stress menda2 macam ni. tak tenang jiwa raga T_____T

  2. i selalu kena basuh bilik air (sental toilet, sink, lantai n walls) sebab the other party yang share guna tu is too blind to realized those thing dah berkulat.

    kalao i kat rumah tu memang la seminggu sekali i sental, geli kot. but, recently masa bulan posa i dok rumah kakak i, balik raya tu tengok toilet. humakaihhhhhhh!! *pitam*

    i nak tegor kang, dia tu dah besar. sekali lagi dia biaq lagu tu, che basuh dia cukop-cukop!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s