Dinner at Sweet Chat Cafe with Sweetheart

Sana sini orang kecoh hapdet pasal raya. Saya punya? Tunggu malam sikitlah kot. Mood nak tulis cerita raya tu belum mari. Cerita raya panjang berjela. Saling berkaitan antara satu sama lain. Jadi, kena tulis paling kurang 4 mukasurat kertas kajang, dengan menggunakan kedua-dua belah mukasurat.

Sekarang mau cerita pasal makan.

Dipetik daripada Inchey K dan jugak Alang, belog saya ni kalau tidak membuat liputan berjalan-jalan melihat alam..tidak lain tidak bukan –makan. Asal bukak belog je..makan. Asal bukak belog je..jalan.

‘I eat for hunger. But you eat for the taste.’ – Mr.K

‘I don’t LIKE food, I LOVE it. If I don’t LOVE it, I don’t SWALLOW.’ – Antoine Ego (Ratatouille).

Which I think..both describe me well!

Baiklah. Semalam Mr.K dan saya pergi berjalan-jalan di The Gardens. M.K mau shopping dekat Robinsons. Usai sahaja di sana, kami ke Mid Valley pula. Manusia tak pernahnya surut di sini. Tapi, tiadalah saya bernafsu walaupun semalam adalah hari terakhir sale sempena Aidilfitri dan Hari Malaysia.

Pusing-pusing, jam sudah 9.10pm. Perut mula mintak diisi. Sebolehnya mau makan yang ringan-ringan sahaja. Lalu ke Teppanyaki. Alangkah sedihnya bila sampai di sana sahaja, tanda “CLOSED” sudah ditampal di hadapan pintu masuk.

Potong stim! Masalahnya, kalau saya dah teringin nak makan sesuatu tu..otak memang dah set chantekkkk punya. Siap imagine macham mana rasa, texture makanan segala. Dan bila je tiba-tiba tak dapat, ppooooffff! Nafsu makan terus jatuh merudum. Terus rasa kenyang. Terus rasa taknak makan. Terus rasa nak balik.

Nasiblah ada yang sudi melayan. Ditanyanya berkali-kali nak makan ke tak..tetap dijawab taknak makan apa-apa. Bila lalu kat Sweet Chat (terletak di First Floor, South Court, Mid Valley), diumpannya lagi. Dikatanya dia teringin nak makan ABC. Saya pun angguk je kepala. Konon nak temankan saja.

Mujur waktu duduk tu waitress masih sudi ambik order.

Eh eh.. Tengok menu macham menarik. Terus terasa nak makan. Dasar buruk perangai sungguh! Mari kita tengok hidangan saya telan malam tadi..

Pasta Set (RM16.90)

  • Choice of any one pasta:

Sweet Chat Noodles Salad, or

Spaghetti with Black Pepper Chicken, or

Spaghetti with Spicy Oriental Minced Chicken, or

Spicy Smoked Beef Pasta, or

Baked Mac ‘N’ Cheese

(Speaking of cheese, saya dah cuba Cheesy Shaker Fries McDonalds tu. Tak sedap wooihhhhh!!)

  • One choice of any Sweet Endings Hot
  • Choice of one Blue Ocean or Tropical Punch

Saya pilih Spaghetti with Black Pepper Chicken. Portion untuk pasta ni tak terlalu banyak. Just nice untuk lapik perut saya supaya tidak berkeroncong di tengah malam buta bila mata sibuk nak tidur.

Daging ayam empuk, pasta tak direbus terlalu lama. Texture masih kekal kenyal dan tidak terlalu lembik. Gravy cukup rasa.

Satu menda yang saya suka bila makan masakan yang ada black pepper ni.. buang angin. Perutpun rasa selesa. Badan terasa panas. Best best.

Tadaaaa!! Ni adalah dessert yang saya pilih daripada Sweet Endings Hot; Bubur Cha-Cha. Ada keledek oren, keledek kuning, keladi dan sagu dalam santan kelapa yang pekat. Untuk penggemar keledek macham saya, memang akan suka. Nak-nak pulak keledek dan keladi sekalian memang empuuuukkk sungguh!

Cuma kuahnya manis sikit. Dan kurang lemaknya sebab kurang garam. So, tak pecah lemak santan tu. Kalau tambah garam sikit, mesti meletop!

Haaa… Ada potensi jadik mak mertua yang cerewet tak saya ni?

Marina Shah pernah buat kat saya keledek merah yang direbus dengan longan kering. Bila keledek dah empuk dan longan betul-betul kembang, tambahkan gula. Tak perlu masukkan santan. Tapi kesedapan dia memang tahap nanges! Sedap melampau bak kata Kak Peej Burhan.

Oh, keledek yang direbus dengan longan tu resepi manisan kaum Cina ya. Papa Marina Shah punya resepi.

Air saya; Blue Ocean. Sparkling beverange with accented peach flavours. Feel so bluuuueeeee~~

BBQ Chick ‘N’ Cheese Meltie pilihan orang yang tak kuat makan itu. Barbeque chicken topped with melted cheese on flavourful toasted Focaccia bread. Ada chips jugak. Harga? RM9.90 je (sila sebut gaya MTS dalam Jalan Jalan Cari Makan).

Langsung dia tak semawa [read: pelawa] saya. Takpelah, saya tak majuk. Lagi plak, saya bukan peminat setia ABC. Saya lagik suka Cendol. Tak taulah kenapa, kalau ABC ni saya tak berapa nak klimaks. Kalau sentuh pun, setakat cuit-cuit masa ais sagat dia tu masih elok membukit. Saya akan sudu bahagian yang ada susu/jagung/aiskrim. Kalau dah cair, saya tolak tepi.

Harga di sini berpatutan. Tak terlalu mahal tahap cekik darah ntah pape.

Dari menu, dapat saya lihat pelbagai jenis dessert yang nampak begitu menggoda dan menarik. Kalau suka manisan panas seperti Bubur Pulut Hitam, dan pelbagai manisan Baba Nyonya ada di sini. Manisan sejuk juga ada.

Dah hidup selama 24 tahun, baru sedar diri yang saya lebih sexcited bila tengok dessert berbanding dengan main course atau appetizer. Tiap kali kalau eat out, be it kat restaurant/café or hotel..saya tak agak-agak bangun 4-5 kali untuk ambik dessert kalau hidangan buffet. Kalau hidangan ala carte pun, saya gigih goyang perut kiri-kanan semata-mata nak kasik laluan untuk dessert pulak.

Saya suka manisan! Sebab tu semut selalu gigit saya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebab saya manis.

Pangggggggggggggggggggggg~~!

 

· Choice of any one pasta:

Sweet Chat Noodle Salad, or

Spaghetti with Black Pepper Chicken, or

Spaghetti with Spicy Oriental Minced Chicken, or

Spicy Smoked Beef Pasta, or

Baked Mac ‘N’ Cheese

(Speaking of cheese.. Saya dah cuba Cheesy Shaker Fries McDonalds tu. Tak sedap wooiihhhhhhhh!!)

· One choice of any Sweet Endings Hot

· Choice of one Blue Ocean or Tropical Punch

2 thoughts on “Dinner at Sweet Chat Cafe with Sweetheart

  1. hahahahaha~ xpenah komen pon post pasal makanan di blog kamo, tapi yg nieh kene komen, sbb.. saya pon xsuka ABC!!!n kalau makan pon sama mcm kamo, makan ais nyer jerk..kalau dah cair mmg xsentuh..tolak tepi, so tambah lagi satu dalam senarai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s