Volkswagen. Das Auto.

Dear Diary,

Saya tak tahu di mana saya mahu bermula. Serba salah juga ada. Kerna kalau saya berbicara soal ini, nescaya ada yang rasa kurang senang. Dikatanya saya mahu menunjuk, riak, dan berlagak.

Cuma JasJamal yang paham.

Bilamana JasJamal menghapdet status di Skypenya tempoh hari; “Scirocco”, saya begitu sexcited. Satu lagi persamaan yang sama selain daripada kegilaan terhadap Edward Cullen. VW.

Saya ingat lagi Diary, apabila Mr.K membawa saya ke showroom tempoh hari. Dibawanya saya hingga ke Cheras. Kemudian patah semula ke showroom VW di PJ. Golf, Beetle, Passat CC semua dicubanya. Cuba duduk, cuba sentuh, dan cuba rasa. Bukan cuba pandu.

Passat CC. Mr.K menyuruh saya masuk dan duduk di sebelah pemandu. Ohhhh… Ahhhhh~~~. Perasaannya begitu indah sekali.

Kemudian saya ikut dia ke garaj VW. Di situ punya deretan pelbagai jenis VW; Tiguan, Passat CC, Scirocco. Saya hanya mampu memandang.

Usai sesi mencuci mata, kembali semula ke dalam perut Civic 2.0. Sungguh Diary, saya terasa gatal punggung. Walaupun sekejapan, terasa berbeda benar. Muka saya waktu itu memang seolah-olah mintak ditampar.

Penghujung bulan June, Mr.K menjanjikan suatu kejutan. Dan saya benar-benar terharu dengan kejutan itu. Saya yang pertama duduk di sebelahnya. Dan barulah saya ketahui, lawatan ke showroom VW sebenarnya untuk melawat ‘isteri barunya’ di garaj itu.

Dan kini, di tv sudahpun keluar iklan dari VW. Saya sudah agak, selepas tersiarnya iklan itu..pasti ramai yang jatuh chenta kepadanya, seperti mana juga saya.

Ke mana-mana saya pergi Diary, perhatian lebih tertumpu kepada ‘isteri baru’ dia. Banyak mata yang memandang. Ada juga yang berhenti dan menyapa. Tapi semua tumpuan itu hanya terarah kepada ‘isteri pertamanya’. Saya di sebelah seperti patung Chendana.

Dia punya. Bukan saya punya. Saya tak mampu. Tu pasal saya jalan kaki.

.

Kepada yang berminat dengan Passat CC, nanti saya akan hapdet lagi. Buat masa ini, saya baru dapat kebenaran daripada tuan empunya untuk memberi mukadimah.

Oh, maksud Das Auto adalah The Car.

5 thoughts on “Volkswagen. Das Auto.

  1. uuu…banyaknyer duit pakwe ko iz…aku dapat golf gti pun dah best inikan kalau passat ker scirocco .RM239,888 tuh… anyway kete tuh mmg cun sbb ala ala mercedes clss T_T

    • Demm.. That’s the exact figure?! Ako igt dia main2 sbb angka mau cecah suku juta. T___T
      Tapi ako belom merasa pegang stering passat cc tu lagik. Orang laki ni mmg sayang benor dgn kete eh?
      Weh,kalo satu ari ko pakai golf gti,jgn lupa tompangkan ako. Dr opis ke umah pun jadiklaaaaa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s