sudah cooootiiiiiiii~~

Lalalala.. Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja sebelum bercoti paling panjang dalam sejarah bekerja di sini. Saya bercoti mula dari hari esok sampai 19hb September. Mana nak dapat kompeni kasik coti sampai 2 minggu?! Kira okeylah tu kan, sebab tahun lepas saya dapat coti satu hari je. Tahun ni berkali-kali ganda plak halnya.

Tahun ni seperti tahun-tahun sebelumnya, raya di Pekan. Hoh, harap pisang tak berbuah dua kali macham tahun lepas. Sedey whoaaaahhh!! Esok saya akan naik bas di Bukit Jalil. Ingatkan balik ke Pekan naik kat Putra. Ntah macham mana kena humban ke Bukit Jalil plak. Doakan saya dan keluarga selamat sampai ke destinasi.

Tak..tak pergi pun rumah terbuka PM. Malas nak berasak-asak. Duk kat umah je, makan sampai buntang. Hmmm..harapnya satu keluarga saya yang kecik tu dapat berkumpul sama-sama tahun ni. Nak peluk cium, salam tangan Tok, Mak, Abah, Makcu, Abang, Angah, Alang… Haih, Apieq je lah yang akan salam tangan saya. Nak buat macham mana, dah saya yang bongsu.

Kepada kawan-kawan semua, selamat bercoti! Kalau bawak kereta, hati-hati di jalan raya. Jangan bawak laju-laju. Kalau mengantuk/penat, sila berhenti dahulu di R&R yang terdekat. Sayangilah nyawa anda dan keluarga. Ingat! Kepulangan anda untuk dirai, bukan untuk ditangisi.

Khidmat masyarakat ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

Raya weeehhhhh!! Rayaaaaaa~~!!

4 thoughts on “sudah cooootiiiiiiii~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s