HP (bukan Harry Potter)

Kelmarin saya kol HP Customer Service. Sebab saya nak follow-up status Streamyx Combo-HP Netbook. Al-kisahnya, saya amek Streamyx Combo ni untuk Angah. Bila saya subscribed Streamyx Combo tu, dapat HP Netbook seketul. Cuma kena tambah RM10 untuk tempoh kontrak selama 3 tahun.

Dan sebab terlupa langsung, dah sebulan dah installation Streamyx kat umah Angah. Tapi HP Netbook nya idaklah mandang. Takdak sorang pun wakil dari TM Point atau HP yang telefon untuk update status.

Sebab Angah pun asik tanya je pasal HP Netbook dia tu..jadik saya pun mula follow-up dengan TM Point. Bila email, dia kata HP Netbook akan dapat selepas 14 hari bekerja dari tarikh pemasangan.

Hello! Dan sebulan dah kot Streamyx tu pasang kat umah. Billing cycle pun dah start dah.

Pastu email lagi. Saya cakap la installation tu dah dibuat 2 Ogos 2010. Dengan sapa saya boleh rujuk perkara ni? Wakil dari TM Point kasik HP punya care line; 1-800-88-2889.

Nombornya saya dail. Tak perlu tunggu lama, talian saya berjawab di sebelah sana. Saya beritahu status saya, nak semak untuk Streamyx Combo-HP Netbook. Nombor service (nombor telefon untuk Streamyx) saya diminta untuk semakan.

Tapi agak kuciwa bila diberitahu yang request saya masih tak ada dalam order report HP. Dah sebulan lebih dah. Dah lebey dari 14 hari bekerja dah. Macham manalah TM Point buat kerja ni? Kalau saya tak follow-up, sampai kucing bertanduk la nak menunggukan netbook tu gamaknya.

Dalam banyak-banyak customer care line yang saya tepon, HP yang paling memuaskan hati. Tak banyak songeh. Pelanggan dilayan dengan sehabis baik. Taklah macham sesetengah care line tuh, kejap kang pas kat orang tu, kejap kang pas kat orang ni. Dah pas tu, kadang-kadang tak berjawab, putus kat tengah jalan. Tak ke hangin nak menelepon lagi skali pastu nak explain plak kat customer rep. tu lagik skali?

One thought on “HP (bukan Harry Potter)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s