cacamarba duk ada

Semalam sepatutnya Mr.K dan saya terbang jauh ke Utara. Ke mana? Ke Langkawi untuk 4 hari 3 malam. Tapi kerana ada perubahan rancangan di saat-saat akhir, percutian terpaksa dibatalkan.

Sedih? Ya. Kerana percutian ini begitu significant. Tapi tak mengapalah. Tunggu saja compensation untuk pembatalan Langkawi. Itu jugak bisa mengubat hati.

Oh, belum lagi saya ceritakan cerita pulang ke negeri kesayangan.

Bermula dari perjalanan saya ke KL Sentral selepas habis waktu bekerja. Seharusnya saya ke LCCT dengan menaiki Sky Bus. Saya telah menempah awal-awal lagi. Tapi malangnya, sesampeinya saya di sana, sebijik bas pun tak ada. Entah ke mana perginya.

Dan jam sudah menunjukkan 7.30 pm. Sedangkan flight saya jam 9.40 pm. Buat pertama kalinya, saya berharap flight saya ke Penang akan delay.

Tetapi, selepas dihitung dan dicongak, tidak sempat untuk saya menunggukan AeroLine yang dijangka bergerak jam 8.00 pm. Lalu terpaksalah Mr.K menjadi mangsa keadaan menghantar saya sehingga ke LCCT.

Moral of the story? Andai menaiki bas ke LCCT, perlu sampei awal di KL Sentral. Supaya perkara-perkara seperti ini dapat dielakkan. Mujurlah Mr.K ada ketika itu. Kalau tiada? Menangis tak berlagulah saya.

Alhamdulillah. Saya selamat sampei ke Penang. And surprisingly, flight Air Asia saya ke Penang tak delay pun. *clap clap*

Nasik Kandaq Beratuq. Tengok kat belah kiri. Tu orang tengah duk beratuq nak makan nasik kandaq nooo. Time ni duk ada dalam pukui 12 tengah malam. Kalau nak pi, kedai dia kat tepi Masjid Kapitan Keling.

Ni kat Padang Kota Lama

.

Dan keesokannya pada hari Sabtu, saya menerima kunjungan dari orang jauh. Sampainya di Penang Airport jam 4 petang, pulangnya ke Subang Airport jam 9.40 malam.

Mr.K

Datang hanya untuk berbuka puasa bersama-sama Kausar dan saya. Oh..

Saya makan Lamb Shank di Chili’s. Tengok tu. Besarkan lamb saya? Tapi sayang. Saya tak boleh makan. Sebab? Bau hamis kambing tu kuat sangat. Saya makan sepotong, terus tolak ke tepi. Cuma makan side dishes jek. Sedih, sedih. Membazir amalan syaitoooooon.

Saya lupa nak snap pinggan Kausar dan Mr.K. Dah lapar sangat. Kalau berbuka puasa kat Chili’s, derang akan bagi kurma untuk berbuka.

Aaa.. Kalau kat Penang ni, Chili’s ada di Gurney Plaza. Punya lama tak datang melawat Gurney ni, skali dah ada new wings. Best best!

Gambar masa iftar kat Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Baru nak tepek kat sini. Suka sebab ada bunga Lily hee hee😉

Nanti sambung lagi cherita dari Penang..

7 thoughts on “cacamarba duk ada

      • hahahahahahaha ayat kamo neih bole buat saya dibuang negeri tahu?? kat penang saya masih belum penah berembun..asal time siang penang xcantek mcm tuh pon??

      • hahaha memang kamo tu dah dekat sangat dengan tindakan buang negeri =P
        mmm..penang kalau siang tak chantek sebab kita nampak semak samun & cacat cela dia..agaknya la. malam lebih chantek, dengan neon berwarna-warni. silalah berembun sekali sekala di penang ya jasjamal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s