i’m so blessed

Dear Diary,

Saya mungkin tak punya ramai sahabat, tak punya ramai teman, dan tak punya ramai kenalan. Dari dulu, muka saya ini sudah dicop dengan muka sombong. Jadinya, orang menjauh. Lagi pulak, mungkin itu juga sifat saya selama ini. Kerana saya ini tidak mudah untuk didekati. Dingin, barangkali.

Dan kerana itu, bilamana saya sudah mula mengenali dia dan dia..mereka yang saya kira sahabat dan teman, tiadalah banyak bilangannya. Mungkin cukup dikira dengan jari tangan. Tak perlu menggunakan jari kaki.

Oleh kerana itu halnya, saya sering mengulang siaran nama-nama mereka. Baik sahabat di Penang, mahupun teman di pejabat. Kerana mereka adalah insan-insan yang mewarnai hidup saya. Ruang lingkup saya. Dan semua mereka  itu saya sayang.

Keluarga saya jugak tidaklah besar. Baik di sebelah Abah, mahupun di sebelah Emak. Tapi saya bersyukur. Walaupun ahli keluarga tidak sebesar mana, tetapi kekuatan kekeluargaan masih utuh. Dan yang paling menyentuh hati, yang jauh semakin ingin mendekati. Itu sangat bererti.

Mungkinkah dia sudah mula mengerti dan ingin bersama-sama keluarga hingga ke mati?

Apapun Diary, saya terasa Dia begitu menyayangi saya. Kerana Dia, saya belajar mengenai persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang.

Dia menjauhkan mereka yang rapat dengan saya untuk suatu ketika. Dan ketika itu, rasa sakitnya menusuk jiwa. Mereka menjauh, hilang entah ke mana.

Dan hingga sampai suatu ketika, Dia memulangkan semula kasih yang hilang Dia menggantikan pula dengan kasih sayang yang baru. Yang memenuhi dan mengisi kekosongan. Dan tempat kosong itu semakin terisi.

Hingga kemudiannya, selepas suatu ketika.. Kasih lama bertandang semula. Menjenguk dan mengetuk pintu hati. Langsung ingin memintal semula pertalian yang suatu ketika dahulu terputus walaupun tidak bertali.

Andai tangan di sebelah sana sudah dihulurkan, tegarkah untuk saya berpeluk tubuh dan tidak menghiraukan? Kerna kasih dan rindu yang terlalu amat, ditelan saja luka dan kecewa.

Kasih dan sayang, rindu dan dendam.

Allah menguji. Dan kemudiannya dia memberikan semula kasih sayang yang tak pernah saya miliki sebelum ini dengan sesuatu yang lebih bernilai.

Keluarga, sahabat, teman, dan  dia.

4 thoughts on “i’m so blessed

  1. sob sob. sedih., dah la aku baru lepaih tengok kal ho naa ho! T____________T

    i like this.

    “Mungkinkah dia sudah mula mengerti dan ingin bersama-sama keluarga hingga ke mati?”

    ahaaa. good news?😀

    p/s : semalam aku aku malu 1 hal. perh, rasa mcm ada majlis keraian ka apa tak tau. hahaa. pastu maybe sebab lebih dari 2 tahun tak jumpa kan? T_________T rasa macam blur2. tu yang tak pasai2 malu macam kucing tu T________T lepas tu nak say sorry pasal hal dulu pun tak terkeluaq. nak cakap 40 kali pun aku rasa benda tu takkan hilang T_________T

    ok dah bai. jemput nanti open house. aku harap hang pindah tingkat 1 tahun depan haha

    • “Mungkinkah dia sudah mula mengerti dan ingin bersama-sama keluarga hingga ke mati?”

      Masih tidak dapat dikesan. Berada di luar kawasan dan off the radar. Haha.

      Awat nak malo? Hang ada tengok ako layan hang beza ka? Sama ja kan? Ka hang makan cili? Hahahaha.. panggggg sedas. Lain kali ah buat pertemuan jejak kasih nak say sorry ka hapa.
      Kalau mak and kakak ako buat open house, nanti ako jemput hang. Ako campak tali dari tingkat 5, hang mai panjat guna tali ah kalo takmo panjat tangga. Turun kalu senang ja..hang terjun😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s