Bali [part 3]

Day 3 & Day 4

Hari ketiga dan keempat adalah untuk merelakskan diri sambil bershopping. Kalau shopping di Bali ni, Mr.K yang paling banyak membeli. Dia beli  lukisan, arca, patung, kraftangan. Kalau boleh, semua benda dia nak hangkut. Tu belom kira baju dan seluar yang dia borong.

Saya? Tak beli apa. Kopak selepas melabur dengan jayanya di Langkawi.

Sepanjang percutian saya kali ni, perkara yang tak dapat saya lupakan adalah apabila di Hard Rock Café, di spa, dan hampir kebanyakan tempat yang saya lawati..saya ditanya sama ada saya ini orang Indonesia. Mendengarkan pertanyaan itu, tanpa dipinta terus Mr.K menjawab,

“Ya! Dia orang Indonesia. Orang Jawa. Jawa Barat.”

Macham harrraaaaammmmmmmmm!! Mendengarkan jawapan itu, terus aja dipanggilnya staff di Hard Rock Café yang asalnya dari Jawa Barat. Langsung, dia bercakap dalam bahasa Jawa dengan saya T______T

Pergi Indon, orang tegur muka macham Indon. Pergi Siam, orang tegur muka macham Siam. Don’t blame me, blame the genes.

Oh, di Bali..jangan panggil “Mas” untuk Abang, yah! Kerna “Mas” itu digunakan oleh orang Jawa. Di Bali kalau mahu panggil Abang, dipanggilnya “Bli”.

Satu yang saya perasan adalah, orang tempatan ni badannya kecil-kecil dan kurus-kurus. Tiada sepertinya seperti di Malaysia. Kalau di Malaysia, kita dapat tengok macham-macham saiz. Mungkin cara pemakanan yang membuatkan saiz kita berbeda. Di sana, mereka makan dengan portion yang sedikit tetapi kerap.

Bangunnya seawal jam 5 kerana di sana langit cerah lebih awal. Jam 7 begitu sudah masuk ke kantor/sekolah. Semestinya sudah makan pagi terlebih dahulu. Kemudian sebelum makan tengah hari jam 12, mereka akan minum pagi dahulu. Petangnya pula, jam 2 gitu minum teh. Jam 3 minum kopi. Saya pun tak pasti mengapa ada beda di antara waktu minum kopi dan minum teh. Dan kemudiannya, pulang ke rumah jam 4. Makan malam seawal jam 5-6 petang. Pukul 8 sudah tidur.

Itu rutin harian mereka. Dan kalau dilihat, makanan tempatan tak banyak menggunakan santan dan minyak macham di Malaysia.

Kalaulah ada rezeki lagi, mau lagi saya ke Bali. Banyak lagi tempat yangbelom saya lewati seperti melihat dolphin (dan mungkin berenang bersama?), belum lagi melakukan aktiviti air seperti snorkeling, dan menyaksikan sendiri tarian Barong. Dan jika boleh, mau tinggal di hotel yang lain. Mungkin Mercure, Mr.K?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s