Bali [part 2]

Day 2

Hari kedua adalah hari untuk tour. Memandangkan kali pertama ke Bali saya tidak sempat ke Kintamani, kali ini saya pergi ke sana. Kintamani ni sebenarnya punya satu gunung berapi yang bernama Batur. Juga di sana ada satu tasik yang terbesar di Bali yang bernama Tasik Batur.

Sepanjang perjalan ke sana mengambil masa 1 jam (tanpa henti). Akan tetapi, adalah mustahil untuk tidak berhenti di sepanjang perjalanan kerana terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Contohnya:

Batik di Batu Bulan

Ini kiranya pit stop yang pertama. Di sini dapat dilihat proses membuat batik Bali. Batik Bali di sini masih dibuat dengan cara tradisional. Tengok sahajalah peralatannya.

Alat-alat yang digunakan untuk mencanting batik

.

Ini adalah mesin untuk menenun kain. Mesinnya sama sahaja yang biasa kita lihat (dalam TV Pendidikan kat TV2 dulu) untuk menenun songket

.

Aiseh! Tak balance T____T

.

Di bahagian dalamnya terdapat pelbagai jenis produk batik, cenderamata dan juga lukisan yang dilukis di atas kain batik.

Batik lukisan tangan dari Bali ini adalah mahal dan tidak boleh dibawa pulang dengan jumlah yang banyak kerana mengikut Pak Wartawan (pemandu pelancong kami), batik Balik adalah barangan yang dilindungi oleh kerajaan.

Perhiasan Perak di Celuk

Di sini, kami sekali lagi berhenti untuk melihat sendiri bagaimana barang perhiasan daripada perak diperbuat. Di sini, hasil-hasil perhiasan seperti subang, gelang, rantai, cincin, dan lain-lain adalah hasil kerja tangan.

Saya cuba satu bentuk cincin di sini. Diambil, dicuba. Terus lekat di jari manis. Saiznya memang padan dengan jari saya. Oh, berjodoh benar saya dengan cincin ini.

Apa ke huduh bebenor ler jari teman ni? Tsk

.

Kemudiannya kami meneruskan perjalanan. Apabila sudah sampai ke kawasan yang lebih tinggi, suhu yang panas mula berubah menjadi lebih nyaman. Di sepanjang perjalanan untuk ke Kintamani, kiri kanan jalan jelas kelihatan pokok-pokok buah oren yang sedang lebat berbuah.

Dan apabila sudah sampai di puncak, jelas kelihatan gunung berapai Batur yang masih aktif.

Gunung Batur dari kejauhan

.

Busut :’)

.

Mengikut Pak Wartawan, penduduk tempatan dilarang sama sekali untuk ke gunung berapi itu. Ini adalah kepercayaan dan pantang larang dari nenek moyang mereka.

Di sini, cuaca berubah dengan cepat sekali. Kami dinasihati untuk bergambar dengan cepat kerana kabus bila-bila masa sahaja bisa menutupi pemandangan. Dan memang benar! Mulanya Batur ditutupi dengan kabus, dan sekejapan kemudiannya kebus hilang entah ke mana.

Dan suhu di sini begitu nyaman dan sejuk.

Dingin sekali!

.

Kat sini kan, memang ada orang tempatan yang jual macham-macham cenderamata tau. Murah-murah, lebih murah daripada souvenirs yang saya beli kat kedai-kedai di Kuta. Diaorang ni tahu kami ni dari Malaysia, jadiknya dia tawar dalam RM. Kalau ukiran-ukiran tu pulak, dalam USD2. Murah sangat tau!

Tapi Pak Wartawan kata jangan cakap dan jangan beli dari diaorang ni. Sebab penjual-penjual ni dari kampung, jadiknya dia tak berapa nak bercampur dengan budaya luar. Kalau kita dah cakap, dah tengok-tengok barang, dah tanya harga tapi tak amek..nanti dia marah. Alah, macham kat Petaling Street la jugak.

Kopi Luwak

Dalam perjalanan pulangnya pula, kami berhenti sebentar untuk melihat sendiri Kopi Luwak. Kopi Luwak ini begitu terkenal seantero dunia dan dikatakan kopi yang paling sedap sekali.

Apakah Kopi Luwak?

Luwaknya sedang enak tidur

.

Luwak itu sejenis binatang seakan kelawar. Biji kopi diberikan kepadanya untuk dimakan tetapi biji kopi itu tidak berjaya dihadam oleh luwak tersebut. Lalu, biji kopi yang tidak tercerna itu diambil lalu dibersihkan, diproses sehingga menjadi Kopi Luwak.

Sebelum (segar dari ladang)

.

Taraaaa!! Sudah bersih. Ada bran?

.

Kopi Luwak ini mahal ya! Jangan ingat murah.

Okey, sekarang mari kita belajar mengenal biji kopi jantan dengan biji kopi betina. Yang half bean itu kopi betina, yang whole bean itu kopi jantan. Senang, kan?

Kopi daripada biji kopi jantan adalah lebih sedap berbanding biji kopi betina. Yang diminum dalam Nescafe tu semua, adalah biji kopi betina ya kawan-kawan.

Di sini, kami diberikannya untuk mencoba beberapa jenis teh dan kopi. Tiada Kopi Luwak untuk dicoba. Kalau adapun, belum tentu saya gamak nak minum. Har har har.

Dari kiri, cepat jalan! Koko Bali, Teh Serai, Kopi Bali, Kopi Ginseng Bali, dan Teh Halia

.

Sini juga ada diberikan set untuk percobaan merokok dengan menggulung sendiri kertas rokok dengan daun tembakau asli.

Ingat nak beli kat Abang Bobo tapi macham menggalakkan dia merokoklah pulak. Tidak baekkkk..tidak baeekkkkk. Amaran: Merokok adalah berbahaya kepada kesihatan. Tapi Anita kata, rasa dia lagik sedap. Fresh. Memang berbeda dengan rokok biasa.

Curut pun ada!

Ntah orang kaya mana punya umah ntah

.

Mulanya mau masuk temple. Tapi tak jadik sebab kalau nak masuk, kena pakai sarong. Malas ah nak tukar-tukar pulak. Jadiknya, terus pulang sahaja ke Kuta.

Lepas dah recharged semula tenaga, malamnya keluar balik. Untuk sesi spaaaaaaa~~!! Kali ni kami ke Ambiente, dekat area Legian.

Anita dan saya buat manicure, body massage dan facial. Mr.K pulak buat Lymphatic Massage (Lymphatic Massage ni kalau nak buat tak boleh makan dan minum 2 jam sebelumnya) dan facial. Mulanya dia ingat facial tu urut-urut bahagian muka dan kepala. Skali buat facial kauuuuu! Separuh jalan je dia dah suruh berenti.

Body massage kali ni takde gentel-gentel macham yang dolu tu. Strickly body massage sahaja. Erk, ni bebudak Kerajaan Langit je paham ni. Nyeh nyeh  nyeh.

Mula-mula masa buat facial rasa macham best. Tapi lepas tu baru fikir, ntah produk apa dia guna, span tu bersih ke tak segala. Dahlah kulit muka saya ni agak sensitip..kang tak pasal naik jerawat mengalahkan gunung berapi. Manicure/Pedicure pun dia tak sterile dulu manicure set tu T_______T

Takpelah. Tawakal. Tapi bila dah habis manicure, dah abis buat body massage terasa segar yang amat. Muka rasa cekang (read: tegang) dan sangat licin berkilat.

Tapi (tapi lagik) kan.. Minggu lepas dan minggu ni memang banyak jerawat naik kat hidung, kat kening, kat muka semua. Sebab facial ke sebab peot eh? Haihhh…

5 thoughts on “Bali [part 2]

  1. mungkin sebab effect facial tu. tengok sebulan, ok dak. kalau ok, alhamdulillahhhh =D. Saya suka di sana. banyak kraftangan lol! berbeda dengan sini macam dah nak pupus. tsk!

  2. maaf komen yg saya karang smlm tak bole di letakkan untuk post ini, takpe saya simpan hingga post yg ditunggu di publish..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s