ChillOut

Semalam adalah berbuka puasa (huh? Pose ke?!) dengan Mr.K kat Subang. Manusia seketul tu teringin benor nak makan Tom Yam tapi tak tau mana nak tala. Kat Ali Café tu dah tak sior teman.

Jadik ke mana kita? Ke ChillOut, Subang.

Tiap kali order apa-apa jenis Tom Yam  Mr.K akan cakap, “Chicken only, no seafood.” Buatkan perempuan kuat melantak kat tepi rasa kuciwa sebab takde hidupan-hidupan laut (tetiba bunyi adalah sangat kejam) yang turut serta dalam Tom Yam itu. Takkanlah nak order 2 mangkuk Tom Yam semata-mata nak ikut tembolok beta yang nakkan seafood, kan? Tak baek..tak baek.

Tom Yam Seafood Chicken Only No Seafood Soup Classic

.

Tom Yam dihantar dulu, sebab kitaorang pun request macham tu. Tom Yam dia boleh tahan sedap. Tapi sementara nak menunggukan main course tu, Ya Allah..punyalah hazab. Lama la jugak. Erk, kira lamalah weh sebab perut dah mendidih dengan Tom Yam pedas.

Padahal order nasik goreng je kot. Tu pun lama gila tukang masak ambik masa nak siapkan 2 pinggan nasik goreng T________T

Mr.K punya Hainan Fried Rice. NO SEAFOOD. CHICKEN ONLY. Saya punya? Village Fried Rice. Eceh. Nama kemain lagik padahal Nasi Goreng Kampung jek.

Okeylah, nasik goreng dia takdelah tahap dewa pun. Bese-bese jek. Tapi abis lah jugak saya makan semua.

Lepas makan, haruslah disudahi dengan dessert. Mau jugak-jugak crème brûlée walaupun Mr.K dah senyum-senyum kambing kat sebelah.

Tong beta memang mempunyai kapasiti luar biasa.

Rupa memang ada. Tapi sekali ceduk dengan sudu..GAGAL!!! Crème tu keras. Saya peliklah sebab crème brûlée ni kan ke lembut je.

Dan bila masuk mulut..perggghhhhhhhh~~

Ni bukan crème brûlée, ni puding caramel ni! Sah sah bukan crème tapi puding. Cuma yang adanya brûlée je.

Kuciwa!! Kuciwa!! Pft pft pft. Dahlah harga mahal tak patut! Harga sampai RM10.90 untuk puding caramel?! Berlambak boleh dapat kalau beli kat pasar Ramadhan.

Tapi tetap makan sampai habis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s